Bayi Yang Dilahirkan Budak Darjah 5 Meninggal Dunia

Bayi yang dilahirkan budak darjah 5 meninggal dunia. Berita ini telah mengemparkan ramai pihak berikutan usia kanak-kanak perempuan yang hamil masih dibangku sekolah rendah darjah 5. Menurut hasil siasatan polis, kanak-kanak perempuan malang itu telah dirogol oleh seorang suspek lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun. Walau bagaimana pun, mangsa enggan memberitahu kepada ibu bapanya sehinggalah tibanya masa dia hendak bersalin apabila air ketubannya pecah.

Pada hari tersebut mangsa berusia 11 tahun itu, tidak pergi ke sekolah di Bahau, selepas mengadu sakit perut. Dia dikejarkan ke hospital, dan hasil peperiksaan doktor mendapati kanak-kanak perempuan ini bukannya sakit perut biasa, tetapi sedang hamil. Malah lebih memeranjatkan lagi, usia kandungannya sudah cukup dan tiba masa untuk lahir.

Bayi Yang Dilahirkan Budak Darjah 5 Meninggal Dunia

Bayi Yang Dilahirkan Budak Darjah 5 Meninggal Dunia

Bagaimana pun bayi lelaki yang dilahirkan pada 5 Ogos 2015 meninggal dunia pada jam 3.00 pagi akibat komplikasi pada bahagian perut. Jenazahnya kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol.

Polis sedang memburu suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa yang menyebabkan kanak-kanak perempuan darjah 5 itu hamil. Suspek boleh disabitkan kesalahan dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.

Sumber : BH Online

0 Komentar untuk "Bayi Yang Dilahirkan Budak Darjah 5 Meninggal Dunia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info