Fesyen Lolita Muslimah Jadi Ikutan Remaja Malaysia

Fesyen Lolita Muslimah.... errrr.. Mungkin saya agak ketinggalan mengenai fesyen dan stail terbaru pakaian muslimah kini. Setelah terlihat perkongsian dari rakan facebook di ruangan utama laman sosial berkenaan, terpana saya pada satu post berkenaan fesyen Lolitas Muslimah. Tertanya-tanya juga saya bagaimana rupa fesyen Lolita Muslimah yang sedang hangat menjadi ikutan remaja Malaysia, lalu saya membuat research di enjin carian...

Hooooo..  dari sudut lain, gaya fesyen Lolita Muslimah ini adalah trend inspirasi daripada pakaian anime Jepun. Ada yang tampil comel dengan fesyen tersebut dan ada yang tampil aneh... Barangkali mereka yang minat dengan fesyen ini menyukai watak-watak anime Jepun atau mahu memcuba kelainan stail dan tampil berani dengan fesyen unik ini....

Fesyen Lolita Muslimah Jadi Ikutan Remaja Malaysia

Fesyen Lolita Muslimah Jadi Ikutan Remaja Malaysia

Yang menjadikan fesyen ini diangkat sebagai Lolita Muslimah kerana masih mengekalkan adab dan ciri-ciri sebagai wanita muslimah... bertudung dan mengenakan pakaian yang longgar. Bertutup dan tidak menayangkan aurat.

Peminat fesyen Lolita ini digelar sebagai " Lolitas " dengan mengenakan pakaian lolita... berskirt kembang serta aksesori yang banyak disusun tak ubah seperti kostum. Mereka juga sering mengadakan perjumpaan di pelbagai acara atau menghabiskan masa bersama-sama dan menghargai pakaian mereka antara satu sama lain.

Haa... jika anda ingin tampil berani dengan mengena pakaian Lolita Muslimah... bolehlah mencubanya..

Terima kasih membaca.

2 Komentar untuk "Fesyen Lolita Muslimah Jadi Ikutan Remaja Malaysia"

Comel tapi tak terfikir nak pakai gini di luar rumah. huuhu

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info