Tahniah! Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015

Uyaina juara pencarian Nona Manis 2015, tahniah diucapkan. Setelah berminggu-minggu menjalani pelbagai tugasan yang diberikan bermula pada 31 Mei sehinggalah hari ini 2 Ogos 2015 menyaksikan pemilihan pemenang bagi pencarian Nona Manis 2015. PMN ini diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 program majalah wanita popular terbitan TV3 iaitu Nona.

Tahniah! Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015

Semasa ujibakat pencarian Nona Manis ini lebih 700 penyertaan diterima dari seluruh negeri. Kriteria yang dicari adalah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun. berstatus bujang, mempunyai personaliti yang menarik serta memiliki tahap pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya.

Dari kesemua penyertaan itu hanya 10 orang finalis dipilih dan diberikan tugasan masing-masing. Antaranya,
  1. Balqish Banu binti Mohd Hussni, 21
  2. Fatihin Husna binti Bahrom, 25
  3. Naseha Uyaina binti Arshad, 23
  4. Nor Azween binti Mohd Noor, 22 
  5. Nur Rafiza binti Abdul Talib, 22
  6. Nur Shaqira Edora binti Ghaffar, 24
  7. Nur Syadanah binti Mohd Zahari, 23
  8. Nurul Arifah binti Abdul Rashid, 22
  9. Nurul Nabila Humaira binti Kamaruzaman, 24
  10. Siti Maryam binti Hussin.
Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015

Tahniah diucapkan buat juara pencarian Nona Manis 2015 iaitu Uyaina atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Binti Arshad berusia 23 tahun, seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya.

Tahniah! Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015

Uyaina berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 berserta trofi, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM15,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Nur Shaqira Edora Ghaffar, 24, (Edora) yang menerima wang tunai berjumlah RM10,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM10,000.

Manakala tempat ketiga berjaya dimenangi oleh Siti Maryam Hussin, 23, (Maryam) diumum sebagai pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,500.

Sementara dua finalis akhir Balqish Banu Mohd Hussni, 21, dan Nurul Arifah Abdul Rashid, 22 tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,500 beserta barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,000.

Tahniah diucapkan buat semua peserta Pencarian Nona Manis 2015...
 
2 Komentar untuk "Tahniah! Uyaina Juara Pencarian Nona Manis 2015"

Assalammualaikum hye..salam kenal..salam ukhuwah
Moga peserta yang berjaya dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi daripada program PNM 2015 ini..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info