Biodata Ringkas Ummu Shaikhah (Stacy Angie)

Biodata ringkas Ummu Shaikhah (Stacy Angie). Alhamdulillah... sejuk je mendengar perkhabaran Stacy Angie telah pun memeluk agama Islam dan kini beliau menggunakan nama Islam-nya Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.

Menurut dari sumber yang boleh dipercayai. Stacy telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada 24 Ogos 2015 yang lepas, kira-kira jam 10 pagi di Jabatan Agama Islam Johor serta ditemani oleh ibu dan bapanya dan juga keluarga Akim.

Mernurut empunya badan, beliau menjadi Islam bukan atas paksaan mahupun perihal cinta yang mengaitkan penyanyi popular Akim...

Biodata Ringkas Ummu Shaikhah (Stacy Angie)

Biodata Ringkas Ummu Shaikhah (Stacy Angie)

Stacie Angie Anam atau lebih mesra dipanggil Stacy, mula memasuki dunia nyanyian selepas beliau berjaya menjadi juara rancagan realiti TV di Astro iaitu Akademi Fantasia musim ke-6. Bakat yang ada pada Stacy membuatkan ramai yang terpukau dengan nyayian dan tarian beliau.

Stacy dilahirkan pada 18 Ogos 1990, dan kini berusia 25 tahun (2015). Merupakan anak kelahiran Penampang Kota Kinabalu Sabah (berbangsa Kadazan) dan juga anak kelima daripada enam adik beradik.

Antara pencapaian beliau dalam bidang seni suara adalah :
  • Juara Akademi Fantasia 6 (AF6)
  • Pemenang Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Anugerah Bintang Popular Berita HarianBerita Harian (ABPBH) 2008.
  • Pemenang kategori Anugerah Popstar Shout! Awards 2009
  • Pengiktirafan Kementerian Sukan dan Budaya Sabah sebagai ikon remaja Sabah dan idola industri hiburan
  • Penyanyi Terbaik kategori Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik 2009
  • Penyanyi Wanita Kedua paling popular Anugerah Planet Muzik 2009 di belakang Datuk Siti Nurhaliza.
Antara lagu popular nyayian Stacy menjadi ikutan anak muda adalah :
  • Aku Stacy
  • Pakai Buang
  • Gagap
  • Jahat
  • Cinta Khayalan
  • Not For Sale
  • dan banyak lagi.... (senarai sendiri ye)
Apa pun kita doakan semoga beliau terus berjaya dan dimurahkan rezeki. :)

 
0 Komentar untuk "Biodata Ringkas Ummu Shaikhah (Stacy Angie)"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info