Kronologi pembunuhan Anthony Kevin Morais Ditemui Bersimen

Kronologi pembunuhan Anthony Kevin ditemui bersimen. Lebih kurang dua minggu, bekas timbalan pendakwa raya SPRM dilaporkan hilang bermula pada Jumaat, 4 September 2015 sehingga mayat mangsa ditemui telah dan diletakkan di dalam tong di kawasan terbiar Jalan Subang 3, Klang pada hari ini Rabu 16 September 2015.

Mayat Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais Ditemui Bersimen

Kronologi pembunuhan Anthony Kevin Morais Ditemui Bersimen

Sehari selepas dilaporkan, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Berikut adalah info terkini penemuan mayat Anthony Kevin Morais :

SUBANG JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram. Suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen. Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik.

Ketika ini mayat masih berada di lokasi kejadian, selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba. Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini.
  • 4 September; Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 
  • Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat. 
  • 5 September; Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang. 
  • 5 September; Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang. 
  • 6 September; Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. 
  • Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad. 
  • 9 September; Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. 
  • 14 September; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. 
  • Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek. 16 September; 6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak. 
  • 8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. 
  • 8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda. 9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian. 
  • 10.10 pagi - polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit - BH Online.
Kronologi pembunuhan Anthony Kevin Morais Ditemui Bersimen

Terima kasih kerana membaca.

0 Komentar untuk "Kronologi pembunuhan Anthony Kevin Morais Ditemui Bersimen"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info