Senarai Nama Jemaah Malaysia Hilang Dan Cedera Di Makkah

Senarai nama jemaah Malaysia yang hilang dan cedera di Makkah. Isu kejadian tren tumbang di Masjidil haram, Makkah menjadi topik utama carian pelayar internet terutama sekali keluarga mangsa yang terlibat. Kejadian ini berpunca ribut pasir dan hujan lebat mengakibat kren yang sedang menjalankan pembinaan tumbang sehinggakan menimpa jemaah haji yang sedang menunaikan solat asar kira-kira jam 5 petang waktu Makkah semalam.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini hampir 89 jemaah meninggal dunia manakala 189 jemaah lagi mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Senarai Nama Jemaah Malaysia Hilang Dan Cedera Di Makkah 

Senarai Nama Jemaah Malaysia Hilang Dan Cedera Di Makkah

Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Pendana Menteri mengesahkan jemaah haji Malaysia yeng cedera kini dilaporkan stabil dan seorang jemaah yang terlibat sudah dibenarkan pulang ke bilik penginapan. Manakala 6 lagi masih hilang itu diandaian termasuk mereka beriktikaf dalam masjid atau lambat melapor diri ke maktab masing-masing.

Senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera :
  1. Zainul Ariffin Zulkifli, 36, Batu Caves, Selangor.
  2. Mat Deris Mohd. Noor, 62, Bachok, Kelantan 
  3. Faridah Mat Yacob , 46, Bachok, Kelantan. 
  4. Rusiah Baba, 50, Cheras, Kuala Lumpur.  
  5. Noordin Wahab, 59, Kuala Terengganu, Terengganu. 
  6. Ahmad Muzafar Mamat@Adam, 39, Bangi, Selangor. 
  7. Mohd. Nor Azman Hassan, 44, Cheras, Kuala Lumpur. 
  8. Faridah Mansor, 63, Dungun, Terengganu. 
  9. Mohd. Sharif Meon, 64, Klang, Selangor. 
  10. Abdul Razak Mahmood, 61, Tanah Merah, Kelantan
Senarai nama 6 jemaah haji Malaysia yang masih hilang :
  1.  Abdul Habib Lahman, 68 (Sik, Kedah)
  2. Shahidan Saad 52, (Kodiang, Kedah)
  3. Zainun Taha 69 (Ampang Selangor)
  4. Rohana Ismail 54, (Kuala Krai, Kelantan)
  5. Munah Jusoh 73, (Cherang Ruku, Kelantan)
  6. Siti Nurolshilizan Zolkifli 37, (Tanam Merah, Kelantan)
Pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam. (Sabtu)

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.

Sumber : Astro Awani

0 Komentar untuk "Senarai Nama Jemaah Malaysia Hilang Dan Cedera Di Makkah "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info