Tonton Online Filem CCTV Full Movie 2015

Tonton online filem CCTV full movie 2015. Lakonan mantap Aeril Zafrel sebagai Hariri, Hasnol Rahmat sebagai Dr. Muthalib dan juga Ardel Aryana sebagai Marianaa serta barisan pelakon pembantu Asliza Abdullah, Jeff Omar, Vanessa dan Dino Pak.

Tonton Online Filem CCTV Full Movie 2015

Sinopsis filem CCTV full movie

Filem ini bergendre seram terbitan syarikat produksi Cinemanya Studios Sdn. Bhd dan Victory Film Production Sdn. Bhd. mengisahkan Hariri (Aeril Zafrel) pada satu malam telah mendapat panggilan daripada ketuanya dan diarahkan untuk membaiki kerosakan CCTV di sebuah hospital lama. Walaupun berasa berat hati, namun dia terpaksa akur dengan arahan ketuanya itu.

Ketika sedang membaiki CCTV yang rosak di hospital berkenaan, nasib Hariri agak kurang baik apabila dia tiba-tiba terjatuh dan pengsan serta mengalami kecederaan apabila kakinya patah. Kemudian, apabila dia sedar ketika mendapatkan rawatan di hospital lama berkenaan, dia berhadapan dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku.

Antaranya, dia bertemu dengan seorang lelaki buta yang pelik, seorang gadis kecil yang terbakar, seorang wanita Cina yang sedang sarat mengandung serta seorang doktor gila yang mengendalikan hospital berkenaan dengan caranya tersendiri.

Bagaimanapun, keanehan yang berlaku sepanjang dia berada di hospital berkenaan akhirnya terbongkar setelah Hariri melihat sendiri rakaman CCTV tentang kejadian yang berlaku di hospital itu. Ternyata rakaman daripada CCTV itu mendedahkan bahawa semua orang yang berada di dalam hospital, terutama sekali individu yang ditemuinya itu telah mati dalam satu kebakaran yang berlaku sebelum ini. Akibat panik setelah melihat rakaman tersebut, Hariri lantas melarikan diri dari hospital itu dan cuba menuju ke sebuah van dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya.

Bagaimanapun, apabila dia dapat menghampiri van berkenaan, sekali lagi dia mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka.

Nak tahu apa kejutan yang Hariri dapat sewaktu menuju ke van itu? saksikan Filem penuh CCTV 2015!

Video Tonton Online Filem CCTV Full Movie



Selamat menonton..
0 Komentar untuk "Tonton Online Filem CCTV Full Movie 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info