Bacaan IPU Jerebu Malaysia Setakat Ini

Jika dahulu Malaysia dilanda cuaca sejuk sehinggakan menjadi viral apabila satu keratan akhar palsu yang menayangkan turunnya salji di sesetengah tempat di Malaysia. Terkini sewaktu entri ini ditulis, Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila dilanda jerebu yang teruk dan kualiti udara turut terjejas. Ada sesetengah tempat telah pun mencatatkan indek pencemaran udara (IPU) melebihi 101 iaitu tidak sihat (peringkat kuning).

Anda boleh menyemaknya menerusi pautan yang saya kongsikan ini - APIMS

Bacaan IPU Jerebu Malaysia Setakat Ini

Bacaan IPU Jerebu Malaysia Setakat Ini

Bacaan Indeks Pencemaran Udara yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan satu jam peruntukkan untuk mengemaskini data di laman online tersebut. Butiran setiap satu jam juga disediakan dalam jadual di bawah ini.

Bacaan IPU Jerebu Malaysia Setakat Ini

Anda dapat lihat, kawasan yang diklasifikasi berwarna kuning menunjukkan kualiti udara adalah tidak sihat iaitu dengan julat melebihi 101-200 IPU, manakala yang berwarna hijau masih dalam keadaan sederhana dengan julat 51-100 IPU. Bacaan IPU di Negeri Perlis setakat entri ini ditulis adalah dalam julat 173 IPU iaitu tidak sihat. Begitu juga di Kedah, Perak dan juga Pulai Pinang dengan bacaan melebihi 101 IPU.

Kesan daripada jerebu ini, sekolah terpaksa ditutup sehingga keadaan kualiti udara kembali stabil bagi sesetengah kawasan yang melebihi bacaan 100 IPU.

Sekiranya anda mendapati bahawa tempat anda mencatatkan IPU berwarna kuning, jadi anda harus ambil tindakan wajib bagi mencegah berlakunya gangguan kesihatan diri atau keluarga.

Untuk itu, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka dan hidung ketika berada diluar rumah dan banyakkan minum air dan buah-buahan.

0 Komentar untuk "Bacaan IPU Jerebu Malaysia Setakat Ini"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info