Benarkah Bangkai Pesawat MH370 Dijumpai Di Filipina

Benarkah bangkai Pesawat MH370 dijumpai di Filipina. Perkhabaran ini benar-benar membuka mata warga dunia apabila satu perkhabaran mengenai penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di selatan Pulau Ubian, Kepulauan Tawi-Tawi Selatan Filipina.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar semasa membuat penerbangan dari KLIA menuju ke Beijing China pada 8 Mac 2014 yang lalu dengan membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dan crew. Semenjak kejadian tersebut berlaku, pelbagai negera berusaha mengesan pesawat terbabit dan pelbagai kronologi dibuat untuk mengesan kedudukan pesawat boeing 777 itu.

Benarkah Bangkai Pesawat MH370 Dijumpai Di Filipina

Benarkah Bangkai Pesawat MH370 Dijumpai Di Filipina

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berhubung penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 selepas satu laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 40-an yang mendakwa terjumpa bangkai pesawat MH370 bersama rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka dibahagian tempat duduk juruterbang yang masih memakai tali pinggang. Ketika itu mereka sedang memburu burung sebelum menjumpai bangkai tersebut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md. Zain berkata, laporan polis tersebut dibuat oleh salah seorang penduduk di kepulauan itu di Balai Polis Sandakan.

Katanya, kumpulan pemuda itu kemudiannya dikatakan memasuki bangkai pesawat tersebut dan menemui banyak rangka manusia yang telah mereput di dalam pesawat itu.
 Laporan penemuan bangkai pesawat MH370

"Sebelum meninggalkan bangkai pesawat itu, salah seorang daripada kumpulan pemuda itu telah mengambil bendera yang dipercayai milik Malaysia," jelasnya.

"Sama ada sahih atau tidak maklumat (laporan polis) ini, polis Sabah masih belum dapat pastikan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber Kementerian Pengangkutan yang dihubungi sebentar tadi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung laporan penemuan bangkai pesawat itu selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa di Sabah.
 
Sumber : Kosmo

0 Komentar untuk "Benarkah Bangkai Pesawat MH370 Dijumpai Di Filipina"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info