Borang Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016

Borang permohonan ke Kolej Vokasional 2016. Dimaklumkan kepada mereka yang berminat untuk ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik bagi ambilan Januari 2016 nanti, permohonan untuk kemasukan tersebut telah pun dibuka iaitu bermula dari 5 Oktober sehingga 20 Disember 2015.

Borang Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016

Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016

Permohonan anda boleh dibuat dengan memuat turun borang menerusi laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.. klik pada pautan ini - Borang permohonan ke kolej Vokasional 2015.

Syarat umum kelayakan :
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pelajar tingkatan tiga tahun 2015
  • Sihat dan sesuai fizikal
  • Bebas daripada penyakit kronik
  • Calon bagi bidang elektrik & elektronik, awam, industri kayu dan pembuatan pakaian (tidak rabun warna/buta warna)
Kepada murid yang layak dan memenuhi syarat tersebut, bolehlah memohon secara online melalui pautan yang diberikan di atas. Hanya masukkan nombor Mykad / kad pengenalan bagi mengakses borang permohonan.

Program Yang Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016 :
  • Program diploma Vokasional Malaysia - yang mengikuti aliran perdana
  • Program kemahiran vokasional - yang mengikuti aliran perdana
  • Program kemahiran vokasional - yang mengikuti aliran pendidikan asas vokasional 
  • Sekolah menengah teknik aliran teknikal
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Bahagian pengurusan Maklumat dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia atau di talian 03-88845154.
 
2 Komentar untuk "Borang Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016"

Mohon ke kolej vokasional kuching 2016

Klau permohonan kita diterima macam mana nak tahu ya?

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info