Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3

Tahniah diucapkan kepada Hamidah Binti Ab Razak selepas berjaya dinobatkan sebagai juara Dai Pendakwah Melenia musim ke 3 bagi tahun 2015.  Dah tengok? ... Dai merupakan sebuah rancangan realiti yang mengetengahkan bagaimana anak-anak muda mengasah bakat dan menonjolkan segala pengetahuan mereka dalam berdakwah, menyampai ilmu agama kepada masyarakat kini.

Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3

Sudah hampir 3 tahun, program ilmiah ini dijalankan iaitu bermula pada tahun 2013, dan dimenangi oleh Dai Farhan. Seterusnya musim kedua dijuarai oleh Dai Adibah.... dan pada tahun 2015 bagi pencarian Dai musim 3 dijuarai oleh Dai Hamidah.

Para peserta yang terpilih ini terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pelbagai untuk diangkat menjadi pendakwah melenia. Namun begitu, bukan calang-calang peserta tetapi ada antaranya yang merupakan penuntut ijazah sarjana muda dakwah dan pengurusan Islam di USIM.

Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3

Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3

Untuk musim ketiga ini, Dai Hamidah Ab razak merupakan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, telah berjaya menjadi juara Dai bagi musim ke 3 ini.

Biodata Dai Hamidah Ab Razak

Dai Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Binti Ab Razak, berusia 23 tahun dan berasal dari Sik, Kedah. Beliau mempunyai latar belakang pendididkan agama yang cukup luas, merupakan lepasan Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Kedah.... kemudian menyambung semula pengajiannya di bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama di USIM.

Beliau menjadikan Fatimah Az-Zahra, Almarhum Syeikh Nia'mat Yusuf dan Syeikh Yusur Al-Qordhawi dan Dr Zakir Naik sebagai idolanya.

Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3

Apa pun saya berharap semoga Dai Hamidah terus dan terus berdakwah dan berjaya dalam apa jua bidang yang beliau inginkan. Insya Allah.



0 Komentar untuk "Dai Hamidah Ab Razak - Juara Dai Musim 3"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info