Petanda Telinga Selalu Berdesing?

Petanda telinga selalu berdesing. Pernah tak sesekali terasa telinga berdesing. Seakan terdengar bunyian "nging". Ia kadangkala berlaku tanpa di duga dan tanpa kita tahu waktunya. Kadang-kadang duduk saja tertiba telinga berdesing. Dan bunyiannya seakan menghilangkan keselesaan kita untuk mendengar secara jelas. tapi sebenarnya kita masih boleh mendengar.

Apakah telinga berdesing membawa satu petanda?

Selalu masalah ini dikaitkan dengan sejenis penyakit yang disebut "tinnitus" di mana seseorang itu mendengar bunyi berdesing di dalam kepalanya sedangkan di kelilingnya tiada sebarangan bunyian.

Bahkan adakalany ia bukannya mengeluarkan bunyi "nging" tetapi ada juga yang terdengar bunyian seperti mengaum, berdetik atau bunyi dengupan jantung juga boleh dikait dengannya. Hmm... korang dengar bunyi yang mana? saya selalu dengar bunyi "nging" tak lama pun, tapi sangat menganggu.

Petanda Telinga Selalu Berdesing 

Petanda Telinga Selalu Berdesing?

Dalam masyarakat melayu, sekiranya telinga berdesing selalu dikaitkan dengan petanda yang akan berlaku. Di sini saya kongsikan sedikit pengetahuan... entah betul atau tidak, korang boleh uji sendiri.

Telinga Kanan Berdesing
  • 06 – 07 pagi : bermakna akan mendapat khabar buruk 
  • 07 – 08 pagi : bermakna akan difitnah oleh orang 
  • 08 – 09 pagi : bermakna akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lain 
  • 09 – 10 pagi : bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga 
  • 10 – 11 pagi : bermakna akan ada penghalang dalam merencanakan perjalanan. sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu 
  • 11 – 12 tengahari : bermakna akan ada khabar yang kurang enak yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat 
  • 12 – 13 tengahari : bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama 
  • 13 – 14 petang : bermakna akan ada undangan makan-makan 
  • 14 – 15 petang : bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat 
  • 15 – 16 petang : bermakna akan ada berita daripada keluarga samada menggembirakan atau menyedihkan 
  • 16 – 17 petang : bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan dilakukan dalam waktu terdekat 
  • 17 – 18 petang : bermakna anda sedang menjadi percakapan orang 
  • 18 – 19 petang : bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda 
  • 19 – 20 malam : bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan keluarga sendiri 
  • 20 – 21 malam : bermakna akan mendapat untung yang besar 
  • 21 – 22 malam : bermakna akan ada yang mengancam anda 
  • 22 – 23 malam : bermakna akan ada berita yang baik 
  •  23 – 24 malam : bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta pada anda 
  • 24 – 01 pagi : bermakna akan ada sesuatu nasihat atau warisan yang diberikan oleh orang tua 
  • 01 – 02 pagi : bermakna akan ada perselisihan antara keluarga 
  • 02 – 03 pagi : bermakna segala perjalanan yang dikerjakan akan selamat dan sampai pada tujuannya. 
  • 03 – 04 pagi : bermakna akan ada yang sesuatu yang bernilai akan hilang 
  • 04 – 05 pagi : bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja. Anda mungkin diberi peringatan dan amaran daripada ketua atau majikan 
  • 05 – 06 pagi : bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda

Telinga Kiri Berdesing

  • 06 – 07 pagi : bermakna akan ada tetamu yang menguntungkan anda dalam waktu terdekat.
  • 07 – 08 pagi :bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat
  • 08 – 09 pagi :bermakna akan kedatangan keluarga terdekat
  • 10 – 11 pagi :bermakna akan selamat dalam perjalanan akan datang
  • 11 – 12 tengahari :bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan
  • 12 – 13 tengahari :bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat
  • 14 -15 petang :bermakna akan kedatangan tetamu
  • 15 -16 petang : bermakna akan berpergian jauh baik untuk urusan perniagaan atau urusan pekerjaan
  • 16 -17 petang : bermakna akan mendapat undangan makan dari keluarga dan saudara terdekat.
  • 17 -18 petang : bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha perdagangan yang dirintis dan dalam waktu terdekat akan naik pangkat dalam pekerjaan.
  • 18 – 19 malam : bermakna akan menemui seseorang yang amat penting.
  • 19 – 20 malam : bermakna akan menerima pernyataan cinta daripada seseorang dalam waktu terdekat ini.
  • 20 – 21 malam :bermakna akan menerima keuntungan.
  • 21 – 22 malam :bermakna akan menerima undangan perkahwinan daripada teman rapat
  • 22 – 23 malam :bermakna akan didatangi pencuri.
  • 23 – 24 malam :bermakna akan menghadapi penghalang dalam menguruskan perkara yang sedang dihadapi
  • 00 – 01 pagi :bermakna semua cita-cita yang direncanakan akan segera tercapai
  • 01 – 02 pagi : bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan
  • 02 – 03 pagi : bermakna akan ada permusuhan dalam keluarga.
  • 04 – 05 pagi :bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru
  • 05 – 06 pagi : bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan penyelesaian.
Ini hanya hanya mitos orang-orang dulu kala dan petua tradisional yang menjadi pegangan hingga ke hari ini. Huh! kadang-kadang pelik juga bila ingat balik petua orang dulu-dulu ni. Hehe

Petanda Telinga Berdesing Dalam Perubatan Moden

Berbeza pula segi perubatan, yang jika individu itu menghidapi gejala ini... anda berkemungkinan boleh menghadapi masalah pendengaran, kerja dan juga tidur. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.

Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang. Antara penyebabnya adalah saluran darah yang tidak normal, masalah telinga bertahi keras atau tersumbat, pengaruh ubat-ubatan atau mungkin juga sering terdedah dengan persekitaran bunyi yang terlalu kuat.... banyak lagi penyebabnya yang saya tak senaraikan. Anda boleh cari sendiri..

Sekiranya masalah ini masih lagi berlarutan, makanya segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan nak tunggu teruk baru berubat...

 
0 Komentar untuk "Petanda Telinga Selalu Berdesing?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info