Polis Evo Filem Paling Laris 2015

Polis Evo filem paling laris 2015. Biasa la setiap tahun, sudah menjadi kemestian bagi para pengarah dan penerbit untuk menerbitkan filem terbaru mereka. Penonton cuma perlu sedia tabungan saja kalau nak tonton di pawagam. Dari awal tahun sampailah dah masuk penghujung tahun ni, dah pelbagai filem keluar tapi satu pun belum sempat saya tonton. Hmmm. alamatnya kena tunggu keluar dvd juga la kot.

Kalau tahun lalu, filem The Journey berjaya mencatatkan kutipan yang tertinggi (RM17.28 juta) dan dinobatkan sebagai filem paling terlaris tahun 2014. Padahal ianya adalah sebuah filem cina. Saya kongsikan sedikit sinopsis dari filem tersebut. Ianya mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat mereka dan berasa kecewa apabila anak tunggalnya mahu berkahwin dengan jejaka Inggeris. Okep. sikit saja sinopsis... nak tahu banyak lagi korang boleh search sendiri.

Dari mana saya dapat sumber ini? ...sudah pastinya dari pembacaan. Jika tidak mcam mana nak tahu. Betul tak? Dah bersedia nak tahu sekarang...

Polis Evo Filem Paling Laris 2015
Polis Evo Filem Paling Laris 2015

Tahun 2015 ini memperlihatkan sebuah filem arahan Ghaz Abu Bakar dan penerbitnya Joel Soh berjaya mencatatkan kutipan jualan sebanyak RM17.30 juta setelah 42 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Wow.... banyak kan.

Yang pastinya pelakon-pelakon yang diambil bagi membawa setiap watak dalam filem ini bukan calang-calang artis bahkan artis yang cukup terkenal dengan pembawaan watak yang cukup menjadi dan cukup popular. Siapa lagi kalau bukan Zizan Razak dan juga Shaheizy Sam serta Nora Danish. Haa... tak salah kalau mereka berlakon tak seronok.

Sinopsis Filem Polis Evo

Kejayaan filem ini membawa satu sinar baru dalam dunia perfileman. Saya kongsikan sinopsis daripada filem Polis Evo... mengisahkan dua anggota polis yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak Sebagai Inspektor Sani yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza dari segi cara kerja tetapi mereka haurs bekerjasama dalam satu kes besar bagi menjatuhkan atau menumpaskan sebuat operasi pengedaran dadah.

Berjayakah mereka bekerjasama dalam membanteras pengedaran dadah itu?

Jadi bagaimana? Adakah anda dah terasa membuak-buak nak tonton filem Polis Evo. Sejujurnya saya teringin sangat nak tonton, tapi apa kan daya Perlis mana ada pawagam paling dekat pun Jitra Mall... kekadang masa pun sentiasa menghimpit. terpaksa tunggu saja la DVD nanti.


0 Komentar untuk "Polis Evo Filem Paling Laris 2015 "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info