Sekolah Tutup 5 Dan 6 September 2015 Akibat Jerebu

Semua sekolah di Malaysia, diarahkan tutup selama dua hari bermula esok (kecuali sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sabah dan Serawak) akibat jerebu yang melanda Malaysia yang dilihat semakin membimbangkan. Untuk itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah serta hadkan aktiviti anak-anak di luar rumah buat semntara waktu.

Pengumuman penutupan sekolah selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 September 2015 dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman sosial facebooknya tengahari tadi. Tambahan lagi, penutupan ini tidak perlu diganti semula oleh pelajar.

Sekolah Tutup 5 Dan 6 September 2015 Akibat Jerebu

Sekolah Tutup 5 Dan 6 September 2015 Akibat Jerebu
Ia juga telah disahkan menerusi sumber berita dari akhbar online Berita Harian. Manakala peperiksaan wajib iaitu PT3, STAM, SPM dan SPTM akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan pada bulan ini dan November nanti.

Calon peperiksaan akan dibantu dan diperingatkan agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu ini, dan mereka akn dibekalkan topeng sepanjang peperiksaan itu berlangsung sekiranya jerebu masih berterusan.

Katanya, "kita hanya akan menangguhkan semua peperiksaan itu sekiranya negara diisytiharkan darurat jerebu"

Jadi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, mohon jaga kesihatan dan sentiasa memakai topeng sewaktu keluar rumah.

0 Komentar untuk "Sekolah Tutup 5 Dan 6 September 2015 Akibat Jerebu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info