Sinopsis Filem Seram Badi 15 Oktober

Sinopsis filem seram Badi 15 Oktober. MIG kini kembali dengan filem seram terbaru yang bakal menghantui anda di pawagam bermula 15 Oktober 2015 dengan filem berjudul Badi...

......"Yang mati belum tentu pergi"

Filem Badi arahan Eyra Rahman ini mengisahkan Joe, Faiz, Tania dan Kila yang merupakan pelajar perubatan dan sedang menjalani pratikal di sebuah hospital. Mereka diberikan tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah meninggal dunia iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar).

Sinopsis Filem Seram Badi 15 Oktober

Semasa proses pemeriksaan dijalankan,  keempat-empat mereka telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang daripada mereka mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain.

Kesan daripada itu.... terjadilah pelbagai perkara pelik selepas mereka terkena "badi mayat" Mek Nak. Seterusnya bermula kisah mistik yang menghantui diri mereka.

Bila sebut tentang "badi", pasti semua akan terfikir pasal "mayat". Nak tahu apa perkara mistik yang terjadi pada mereka yang terkena "Badi Mayat" ni? Haaa... saksikan Filem Badi bermula 15 Oktober 2015 di pawagam berdekatan dengan anda...

Filem Badi Full Movie

Judul : Badi
Arahan : Eyra Rahman
Barisan pelakon : Azwan Kombos, Adiba Yunus, Hanif Safuan, Sharissa Haris, Navilya Husna
Penerbit : Metrowealth
Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2015

Pastikan yang berhasrat mahu menonton filem seram Oktober ini berteman bukan seorang diri... takutkan nanti anda ditemani oleh Mek Nak di sebelah kerusi kiri...


0 Komentar untuk "Sinopsis Filem Seram Badi 15 Oktober"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info