Sinopsis Telefilem Travelling Beruang - Ungku Aziz

Sinopsis telefilem travelling beruang. Pastinya ramai yang dah tahu mengenai satu kempen yang diwar-warkan di kaca televisyen setiap hari iaitu Travelling Beruang. Kisahnya telefilem kempen ini ditubuhkan hasil inspirasi pelakon popular tanah air Ungku Aziz serta anjuran TV3 dan MAKNA.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Dengan itu tabung Travelling Beruang MAKNA diwujudkan bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan untuk tujuan amal ini. Bagaimana caranya? ...anda hanya perlu membeli patung beruang dan hasil jualan tersebut akan disalurkan sepenuhnya Tabung Travelling Beruang MAKNA....

atau anda boleh membuat sumbangan terus ke tabung seperti berikut :

Name : Tabung Travelling Beruang MAKNA
Account number : 514075616705
Bank : MAYBANK 

Mana tahu dengan sumbangan anda itu mampu membuat perubahan dalam kehidupan mereka. Sikit bukan bermakna tak cukup. Tapi sangat bermakna...

Telefilem Travelling Beruang

Daripada kempen itu terbitlah sebuah telefilem berjudul Travelling Beruang : Pengembaraan puteri-puteriku yang akan ditayangkan sebanyak dua episode.

Bahagian pertama : 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Bahagian kedua : 1 November 2015 (Ahad)

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang - Ungku Aziz

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang

Kisahnya bermula apabila seorang ayah yang juga novelis kehilangan anak perempuannya yang disayangi kerana penyakit kanser.emergian anak tunggalnya itu juga menyumbang kepada institusi rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) punah.

Dia bertemu Aishah, anak rakannya yang juga mengalami nasib sama. Aishah yang semakin kritikal keadaannya, memiliki satu impian iaitu untuk mengembara ke serata dunia. Namun disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, dia hanya mampu mewakilkan Mr. Bear, patung beruang kesayangannya. Maka patung beruang itu menjadi simbol kepada Aishah menemaninya ke luar negara.

Adit (Ungku Aziz) yang selama ini hilang arah, tersentuh dengan permintaan anak kecil itu, lantas memulakan perjalanan mengembara bagi menunaikan permintaan terakhir Aishah.

Nak tahu kisah selanjutnya? Nantikan telefilem Travelling Beruang yang dijangka bakal mendapatkan jutaan penonton. Menyedari niat murni kempen ini serta bersedia dengan tanggungjawab sosial korporatnya, Air Asia tampil selaku penaja utama manakala Altel sebagai penaja bersama.

Dengan hanya belian patung beruang, mungkin kita dapat menyelamatkan banyak nyawa. Dan setiap kebaikan yang kita berikan pada orang lain, Allah akan gantikannya berlipat kali ganda.

0 Komentar untuk "Sinopsis Telefilem Travelling Beruang - Ungku Aziz"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info