Syoknya Buat Bisnes Aiskrim

Bisnes aisrkrim boleh menjadi bisnes yang sangat menguntungkan. Kat negara kita ada banyak peluang perniagaan yang terbentang luas untuk semua. Tapi terpulang pada individu itu sendiri nak rebut atau abaikan saja peluang yang ada. Sesetengah orang.. sangat berminat untuk berniaga tapi tak tahu apa yang nak diniagakan... modal kecil, fikirkan risiko yang tinggi. Hmm... bila nak mulakan sesuatu pasti banyak alasan yang diberi... sedangkan cuba pun belum lagi, dah takut gagal.

Jadi kalau anda nak mulakan bisnes yang anda minat, sudah pasti ia boleh pergi jauh. Paling penting kesungguhan dan jangan takut pada kegagalan. Misalnya, anda berminat nak menjual aiskrim dalam pasu, teruskan saja minat anda itu. Kalau anda mempunyai pemikiran yang lebih kreatif, terbitkan saja. Mungkin awalannya orang pandang pelik, tapi selepasnya bisnes anda akan jadi lebih viral dan mempunyai tarikan tersendiri... misalnya anda nak jual aiskrim dalam kasut bot.

Sepertimana yang saya katakan tadi, di Malaysia ada banyak peluang perniagaan yang menguntung, pastikan anda rebut peluang yang ada.

Syoknya Buat Bisnes Aiskrim... Ye Ke Syok?

Syoknya Buat Bisnes Aiskrim

Siapa suka makan aiskrim? saya pun sukakan aiskrim... semua peringkat umur dan jantina suka makan aiskrim. Dari kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa pun masih lagi mengemari aiskrim. Kiranya aiskrim ni makanan yang tak lapuk dek hujan laaa....

Nampak tak peluang anda di sini, sekiranya anda jual aiskrim.

Anda pernah dengar aiskrim Malaysia? Mak saya dulu.. sekitar tahun 1990 adalah penjual aiskrim Malaysia di Kampung Surau Utan Aji, Perlis. Kami pun membesar dan dengan hasil pendapatan jualan aiskrim Malaysia, masa tu gaji ayah berapa la sangat, kami adik beradik semuanya sekolah.

Dan hari ini saya bukan nak minta simpati atas kisah kami yang dahulu, tapi lebih kepada bagaimana bisnes aiskrim ini dapat membantu anda menambah pendapatan keluarga. Zaman sekarang ni tak sah kalau setakat makan gaji sahaja, harga barang naik... harga petrol naik.. dan terbaru harga tol juga naik. Adoiii betul-betul runsingkan.

Jadi elok sangatlah kalau anda dah pasang niat untuk mulakan bisnes, mulakan dulu dengan aiskrim. Sebab daripada apa yang saya nampak di Uptown, pasar malam.. semuanya berlumba-lumba menjadi tokey bisnes aiskirm.

Panduan Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan

Tak tahu bagaimana nak mulakan bisnes aiskrim? Zaman sekarang bukan lagi zaman anda kena tunggang motosikal sambil bunyikan loceng di kawasan perumahan. Sebaliknya ada lagi cara yang lebih bagus dan berkesan sehinggakan anda boleh "jual" sebanyak 2000 ton aiskrim dalam masa 3-4 jam sahaja. Atau pulangan RM 5K setiap bulan. Tak mustahil tu...

Inilah kelebihannya buat bisnes aiskrim dengan adanya ilmu...

Mungkin sekarang ada kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan bisnes aiskrim... untung ke buat bisness aiskrim? ...Nak jual dekat mana? Macam mana boleh dapat sampai RM5k sebulan tu? Mesti margin dia besar…”

Nak jual aiskrim. Mesti kena tahu resepinya. Cara buatnya, mana nak dapat semua resepi tu?… ais krim Malaysia 20 sen tahu lah aku buat..”

Makanya, anda kena belajar cara nak proses aiskrim itu sendiri. Bukannya beli yang dah siap di pasaraya atau kedai runcit, dah semestinya pakai modal yang tinggi. Tak susah mana pun nak selesaikan masalah itu, asalnya anda dapatkan ilmu dulu sebelum mulakan bisnes

Bagaimana nak dapat ilmu? Haa... ini dia panduan bisnes aiskrim bagi orang mahu berjaya!


Kesimpulannya....

Dengan adanya ilmu, tak mustahil bisnes aiskrim anda boleh jadi fenomena mahupun viral selepas ini. Anda boleh jalankan secara sambilan, pada waktu malam ke ataupun ketika hujung minggu untuk tambah pendapatan keluarga.

Siapa lagi nak ubah kewangan keluarga kita kalau bukan tangan kita sendiri. Betul kan? Jadi jangan kuatir ebook bisnes aiskrim ini boleh jawap segala persoalan anda


Selamat maju jaya !!

0 Komentar untuk "Syoknya Buat Bisnes Aiskrim"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info