Foto Dan Biodata Penuh Yus Jambu

Foto dan biodata penuh Yus Jambu. Hari ini Malaysia dikejutkan dengan pemergian pelawak tanah air yang cukup terkenal dengan sikapnya yang pandai melawak, tidak sombong dan sangat mesra dengan orang ramai. Pernah juga saya terserempak dengan Yus Jambu di Kangar sewaktu membeli barang, boleh dikatakan Yus Jambu cukup peramah dan mudah mesra..

Foto Dan Biodata Penuh Yus Jambu

Foto Dan Biodata Penuh Yus Jambu

Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry bin Edoo... dan lebih mesra disapa sebagai Pak Yus. Beliau dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg Nesam, Batu Pahat Perlis. Merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Beliau juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi...

Pak Yus mula dikenali selepas berjaya melayakkan diri dalam Raja Lawak Astro yang pertama kalinya diudarakan... dan usahanya tidak sia-sia selepas berjaya dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut pada tahun 2007.

Tak cukup dengan itu, beliau juga sangat disenangi oleh rakan karibnya dan para peminatnya. Jadi tak hairanlah jika hari ini ramai yang mengiringi beliau ke tanah perkuburan...

Allahyarham Yusry Bin Edoo berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Beliau sangat terkenal menerusi program Maharaja Lawak... malah ramai yang ternanti-nanti lawak beliau untuk program Maharaja Lawak Mega yang akan datang bersama rakan karibnya Taukey.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Pemergiannya sangatlah dirasai semua warga Malaysia.


1 Komentar untuk "Foto Dan Biodata Penuh Yus Jambu"

Alfatihah.. sungguh tak sangka satu demi satu manusia pergi dengan mengejut ..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info