Foto Dr Say Shazril Shaharuddin Doktor Hospital Serdang

Foto Dr Say Shazril Shaharuddin doktor Hospital Serdang. Perhhhh... meletup dan viral di laman sosial apabila pengguna laman sosial terutama wanita masing-masing menyatakan hasrat mahu bersalin di Hospital Serdang dek kerana adanya seorang doktor yang kacak sedang bertugas di hospital berkenaan.

Ceritanya bermula apabila siaran radio terhangat HotFm mengundang Dr. Say Shazril Shaharuddin ke konti baru-baru ini. Paling mencetuskan kontroversi apabila seorang wanita yang sudah berkahwin membuat panggilan ke HotFM semata-mata untuk menempah doktor berkenaan ketika bersalin nanti. Tak cukup dengan itu, ada juga kaum hawa di laman sosial turut memuat naik untuk bersalin dengan doktor kacak yang juga bertubuh sasa ini.

Bermula dari situ, populariti Dr Say Shazril Shaharuddin naik mendadak dan dianggap sebagai doktor paling kacak di Malaysia. Wow.... ada juga yang meluah rasa berbangga isterinya doktor Say Shazril memilikinya.

Biodata Dan Foto Dr Say Shazril Shaharuddin

Foto Dr Say Shazril Shaharuddin Doktor Hospital Serdang

Dr. Say Shazril Shaharuddin atau nama sebenarnya Say Shazril Shahruddin berusia 27 tahun dilahirkan, bukan saja seorang doktor yang kacak dan berbadan sasa malah pandai berjenaka dan bekerja sebagai model sampingan. Wah! serba boleh juga doktor ni...

Dr. Say Shazril merupakan Doktor Medical Officer (MO) Fresh Graduate serta membuat kerja sampingan sebagai pengedar Herbalife, jurulatih kesihatan dan juga model sampingan. Beliau sudah pun berkahwin pada tanggal 30 Mac 2014 dengan seorang doktor yang kini sah bergelar isteri iaitu Dr. Azura Abas.

Foto Dr Say Shazril Shaharuddin Doktor Hospital Serdang


Terima kasih kerana membaca

0 Komentar untuk "Foto Dr Say Shazril Shaharuddin Doktor Hospital Serdang"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info