Lirik Lagu Kau Bagai Udara OST Kau Aku Kita

Lirik Lagu Kau Bagai Udara OST Kau Aku KitaLirik lagu Kau Bagai Udara nyanyian Bahrain merupakan lagu tema bagi drama terhangat slot lestary Kau Aku Kita yang dibintangi oleh Syarul Ridzwan dan Janna Nick. Pertama kali dengarterus jatuh cinta dibuatnya... di tambah pula dengan drama yang seriusly terbaik arahan Azman Yahya dan Sheila Rusly.

Baca sini - Sinopsis drama Kau Aku Kita

Di bawah ini, saya sertakan video lagu tema drama popular Kau Aku Kita bersama dengan lirik penuh, supaya mudahlah untuk anda turut menyanyinya sekali. Hehe... sekali dengar rasanya tak cukup, jadi korang boleh reply berkali-kali sampai boleh hafal sendiri lirik lagu tersebut.

Video Lagu Kau Bagai Udara - Bahrin



Lirik Lagu Kau Bagai Udara OST Kau Aku Kita

Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

(korus)

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta
Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

(ulang korus)

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

(ulang korus)

Best kan?

Jangan lupa saksikan pergaduhan manja Iman Firdaus setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di TV3. Terima kasih kerana membaca.


0 Komentar untuk "Lirik Lagu Kau Bagai Udara OST Kau Aku Kita"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info