Rawat Sakit Kepala Dengan Kaedah Ubati Resdung

Rawat sakit kepala dengan kaedah Ubati resdung. As-salam. Entri ini sepatutnya saya terbitkan pada tarikh 26 hari bulan yang lepas. Dek kekangan masa terpaksa saya tangguhkan dulu. Sekarang baru idea datang balik.. makanya terbitlah catatan untuk perkongsian umum ini.

Hmm... Pernah tak anda mengalami sakit kepala yang berlarutan?. Jerawat tak henti-henti tumbuh. Gatal hidung... atau seringkali bersin di waktu pagi. Haa.. kalau anda ada salah satu daripada simptom yang saya sebutkan tadi. Maka anda sebenarnya sedang menghidapi masalah resdung.

Kalau pergi jumpa doktor...

check.. check.. check. Last mereka cakap anda migrin. Ooo. Okep.

Itulah yang saya pernah alami sendiri. Kemudian saya cuba buat pemeriksaan di klinik resdung dan jawapannya adalah betul. Saya sebenarnya ada masalah resdung. That why.. saya selalu sangat sakit kepala. Hmm... Di sini saya kongsikan antara tanda-tanda anda penghidap masalah resdung.
  • Hidung berair dan tersumbat
  • Kerap bersin di waktu pagi
  • Gatal mata
  • Sakit kepala 
  • Jerawat tumbuh tak henti-henti
  • Rambut sering berkelemumur
  • Hilang deria bau
  • Nafas dan mulut berbau  
Rawat Sakit Kepala Dengan Kaedah Buang Resdung  

tanda-tanda penyakit resdung kronik

Mengikut kajian statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 50-60 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah resdung dan 25 peratus daripadanya menghidapi masalah resdung kronik. Perghhh... boleh tahan ramai jugak tu.

Sekiranya anda penghidap masalah resdung biasa, maka anda perlu mengambil tindakan segera merawat sebelum ianya menjadi lebih teruk dan kronik. Berkemungkinan boleh membawa kepada pembedahan bagi merawatnya. Malah mungkin boleh menjangkiti bahagian otak anda. Eeeee. takut pula saya dengar.

Antara petua-petua yang untuk penghidap masalah resdung, anda perlu elakkan diri daripada habuk, debu, haiwan berbulu serta kerap menukar cadar dan sebagainya. Atau saya syorkan anda dapatkan rawatan di klinik resdung.

Resdung Normal Facial Dari AMS Perlis

Alhamdulillah... selepas saya membuat rawatan resdung normal facial. Masalah sakit kepala tidak lagi menganggu. Dan paling best bersin di waktu pagi pun dah kurang. Oh ya... facial resdung lebih seronok berbanding rawatan resdung secara membuang lendir dari hidung yang bagi saya agak menyakitkan.. berhari-hari juga nak hilang.

Ini antara harga yang ditawarkan untuk pesakit yang mahu menjalani rawatan resdung di Arau MediSpa Perlis. Lokasinya bersebelahan C-mart Arau, tingkat atas.. bawah kedai capati Arau.

Rawat Sakit Kepala Dengan Kaedah Buang Resdung
Rawat Sakit Kepala Dengan Kaedah Buang Resdung

So, jangan lepaskan peluang untuk rebut harga tersebut. Kepada adik yang urut-urut muka saya hari tu, terima kasih. Hehe. Nanti saya datang lagi ye...

Terima kasih kerana membaca. Mencegah lebih baik daripada mengubati...

0 Komentar untuk "Rawat Sakit Kepala Dengan Kaedah Ubati Resdung "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info