Tahniah! Siti Nurhaliza Bakal Jadi Ibu

Siti Nurhaliza sah hamil dua bulan. Penyanyi no satu Malaysia dikhabarkan bakal menjadi seorang ibu pertengahan tahun hadapan menjadi satu berita yang paling mengembirakan buat para peminatnya. Sebelum ini, ramai para media yang mengeluarkan kenyataan mengenai kehamilan Dato Siti Nurhaliza, namun tuan punya badan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubungan berita baik itu, dek kerana pesan orang-orang benda yang terlalu awal usah terlalu gembira.

Betul juga tu, kadang-kadang pesan orang tua-tua ni kena dengar juga kan.

Tahniah! Siti Nurhaliza Bakal Jadi Ibu

Mari kita lihat kenyataan sebenar mengenai kehamilan Dato Situ Nurhaliza menerusi sumber akhbar tempatan.

“Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu.”

“Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu”.

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

“Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu.

“Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini,” ujar sumber tersebut.

Alhamdulillah...

Siapa yang tak seronokkan tak lama lagi bakal jadi ibu. Teruja pula saya yang membaca berita ini. Hehe

Mengikut perkiraan, Dato Siti dijangka akan bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun hadapan

Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza.... 


0 Komentar untuk "Tahniah! Siti Nurhaliza Bakal Jadi Ibu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info