Vape Meletup Muka Dan Bibir Hancur

Vape meletup muka dan bibir hancur. Sudah menjadi trend masa kini tanpa mengira lapisan umur pasti sudah memiliki sekurangnya satu batang vape atau pun secara am dipanggil rokok elektronik. Pada mulanya vape dijadikan sebagai alternatif bagi perokok untuk meninggalkan tabiat merokok mereka tetapi kini menjadi fenomena dan trend terkini bukan saja bekas perokok malah budak-budak yang baru mengenal dunia juga mula terjebak dengan gejala vape.

Sedikit pengenalan. Sesuai dengan namanya "asap", ianya tidak mengandungi tar ataupun karsinogen (zat penyebab kanser) yang kebiasaannya terkandung di dalam rokok tembakau. Namun, asapnya jauh lebih tebal berbanding asap rokok. Hmmm.

Vape Meletup Muka Dan Bibir Hancur

Vape Meletup Muka Dan Bibir Hancur

Dipetik daripada sumber Berita Harian Online, seorang pengguna Vape hampir hancur wajahnya apabila vape yang dimilikinya meletup sebelum sampai ke bibirnya. Daripada itu mangsa terpaksa menerima enam jahitan di bibir.

Sumber selanjutnya :

GOPENG: Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu.

Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape.

"Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi.

Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya. Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir.

"Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka. Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya.

"Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta," katanya.

Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup. "Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini.

Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan. Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu.

Jadi untuk anda yang juga pengguna vape mohon berhati-hati dan perhatikan setiap komponen vape itu sentiasa dalam keadaan baik supaya sebarang kecelakaan dapat dielakkan.

Terima kasih kerana membaca.

0 Komentar untuk "Vape Meletup Muka Dan Bibir Hancur"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info