Fadlan Hazim Anuwar Pelakon Baru Tanah Air

Mungkin masih ramai yang belum lagi mengenali nama Fadlan Hazmi, walaupun beliau telah banyak menonjolkan bakatnya dalam beberapa drama sebelum ini antaranya drama Delina, Cinta Balqis, Dalam setiap sujud, Ini jalan kita serta beberapa buah filem hebat iaitu Sniper, Abang Lajen dan juga Banglo Berkunci.

Kini namanya mula menjadi carian peminat setelah berjaya membawa watak jahat dalam drama popular slot Akasia di TV3 Cinta Si Wedding Planner dengan memegang watak sebagai Bazli, abang kepada Izara Batrisya. Dalam drama tersebut pelbagai konflik terjadi antara dua beradik kandung yang baru mengetahui hubungan kekeluarga mereka sebenar. Mari kita lihat serba sikit biodata beliau...

Gambar Popular Fadlan Hazim Anuwar

Fadlan Hazim Anuwar Pelakon Baru Tanah Air

Biodata Penuh Fadlan Hazim Anuwar

Kalau yang pernah tonton drama Dhia Sofea sudah pasti mengenali jejaka kacak ini. Haaa... pasti anda tertanya-tanya bukan? berapakah umur Fadlan Hazim...

Jawapannya... Fadlan Hazim baru sahaja berumur 24 tahun pada tahhun 2016 ini iaitu dilahirkan pada tanggal 2 Januari 1992. Nama sebenar beliau adalah Fadlan Hazim Anuwar atau lebih dikenalan sebagai Fadlan Hazim.

Haa... kalau korang nak lihat bakat lakonan beliau, bolehlah tonton drama Cinta Si Wedding Planner setiap Isnin-khamis jam 6.55 petang. Selain berlakon, jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Wahhh... serba boleh nampaknya...


0 Komentar untuk "Fadlan Hazim Anuwar Pelakon Baru Tanah Air"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info