Perginya Seniman Allahyarham Kaswadinata

Assalamualaikum

Allahyarham Kuswadinata | NEGARA dikejutkan dengan pemergian seniman Kuswadinata akibat pendarahan dalam perut yang dialaminya. Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.07 petang tadi (16/2/2013) di Hospital Ampang.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu, akibat pendarahan dalam perut dan muntah darah, turut menghidap penyakit prostat, masalah buah pinggang dan kanser usus.


Allahyarham meninggalkan isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak, Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25 dan Rizal, 23 tahun.

Perginya Seniman Allahyarham Kuswadinata

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee, antaranya Seniman Bujang Lapok dan Antara Dua Darjat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, Kuswadinata, 74, meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.


Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama.


Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.


Allahyarham juga berlakon dalam filem Ibu Mertuaku,  Lang Buana dan Gerak Khas 3.

Sumber : Sinar 


3 Komentar untuk "Perginya Seniman Allahyarham Kaswadinata"

innalillahiwainnaailaihirrajiuun

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info