Tonton Online Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia 13 Episode

Assalamualaikum

Hyeeee semua! Aku kembali...

Today aku nak share pasal drama terbaru yang dikatakan bakal meletop habis laa, macam drama Setia Hujung Nyawa tue hah, tambahan pulak drama terbaru ini, ada pelakon yang kacak dan cute, sapa lagi kalau bukan peneraju drama "Sebenarnya Saya Isteri Dia" iaitu Izzue Islam dan Tiz Zakiah yang bakal menjenguk anda pada setiap Hari Jumaat jam 9 malam tv3.

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia diadaptasikan daripada sebuah novel yang ditulis oleh Zura Asyfar. Permulaan cerita memang orang akan cakap boring la, apa laa, nanti bila dah sampai pertengahan, sah-sah berdebar-debar nak tahu ending dia.. Kena pulak ada artis cantik nie pulak, kakak kepada Nelydia Senrose iaitu Uqasha Senrose yang pegang watak Rania sebagai adik tiri yang sukakan abang tirinya iaitu Farish.

Tonton Online Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia 13 Episode


Sinopsis 
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang isteri. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Tonton Online Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia 13 Episode

 
Tonton online - Sebenarnya saya Isteri dia 


Drama 13 episode sudah pun ditayangkan pada 29 Mac 2013, so bagi mereka yang duduk dekat hostel tu sah tak ada tv macam aku nie kan, so apa tunggu meh kita layan dekat streaming nie hah, jangan risau sekarang zaman dunia tanpa sempadan, tang mana hampa duk pun boleh ja tengok tv... betui dak??
8 Komentar untuk "Tonton Online Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia 13 Episode"

hadush..novel best ni...mesti meletop drama tu..:)

baru tengok semalam... best2!hehee

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Novel yang terbaik:-)

Apa nama tajuk novel dia? kt mana blh dptkn novel ni?

Nk kata menarik bleh la....dh Nama nk mle cinta....huhu :D

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info