Assalamualaikum
KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.
Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.
“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.
“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.
Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.
Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.
“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.
“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.
Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’
“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.

Sementara
itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain
banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh
mengancam nyawa terutama kanak-kanak.
Sumber : sinar harian.
P/s : Berhati-hati kepada mereka yg menghadapi banjir, terutama yg berdekatan dengan sawah padi kerna disitu tempat pembiakan lintah.
5 Komentar untuk "Banjir : Lintah masuk kemaluan"
OMG... takotttttttttt
Takutt!! :O :O :o
Bahayanya. Selalu pendarahan yang banyak boleh bawa kepada kematian kan ?
Btw jom join giveaway nie jom :) http://mistaqila.blogspot.com/2013/12/mega-giveaway-by-mojatcerewetcom.html
Alahai, yg bg anak2 main mandi2 air banjir nape? Ingat sunway lagoon ke?
ya Allah.. takotttt..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.