Bilangan mangsa banjr di Kelantan terus meningkat

Assalamualaikum

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat..

Bilangan mangsa banjr di Kelantan terus meningkat
Bilangan mangsa banjr di Kelantan terus meningkat


KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di jajahan itu bagi menempatkan 532 keluarga yang terjejas dengan banjir gelombang kedua itu.

Selain Rantau Panjang, satu lagi daerah yang terlibat banjir ialah Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan ialah 199 orang daripada 54 keluarga.

Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau.

Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang dilapor bertahan pada paras 10.42 meter iaitu melepasi bahaya sembilan meter.

Keadaan itu menyebabkan zon bebas cukai Rantau Panjang yang terkenal kini digenangi air dan kenderaan ringan dinasihat tidak melaluinya buat masa ini.

Dua jalan alternatif iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu untuk ke Jeli dan Jalan Tanah Merah ke Kusial ditutup kepada kenderaan ringan.

Cuaca di Kelantan pagi ini adalah cerah.

Di KUANTAN, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini berkurangan kepada 57 orang berbanding 136 orang petang semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, seramai 50 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Lipis.

Di Jerantut pula seramai tujuh orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Paya Teh. - BERNAMA
1 Komentar untuk "Bilangan mangsa banjr di Kelantan terus meningkat"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info