Review Filem Zombi Kilang Biskut 2014

Assalamualaikum

zombi kilang biskut

Filem Zombi Kilang Biskut - Filem terbaru yang bakal ditayang pada 20 Mac 2014 ini dan menjalani pengambarannya di sekitar Perak dan merupakan kesinambungan Filem Hantu Kak Limah, Zombi Kampung Pisang dan ada lagi. 

Filem ini menelan belanja sebanyak RM1.7 Juta dan merupakan terbitan Enjit Semut Sdn Bhd dan edaran TGV Pictures ini dibarisi pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Dalimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Soffi Jikan, Wani NS, Ilya Buang, Adam AF, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Review Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.
Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.


Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.


Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.
0 Komentar untuk "Review Filem Zombi Kilang Biskut 2014"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info