Assalamualaikum
Tiada kesudahan. Bila seringkali diserang spam komen dari anonymous. Walau dibuang, pastikan akan bertambah kembali. Siapakah anonymous ini? apakah mahu mereka ?
Spam yang dilakukan oleh anonymous ini, pasti tidak disukai oleh pemilik blog kan? Tidak kira, sama ada menggunakan platform Blogspot, Wordpress, Drupla atau lain-lain pasti tetap dihujani serangan spam ini. Untuk pengetahuan anda, spam komen ini tidak bagus untuk blog, terutama sekali bagi mereka yang memasang iklan dari Google Adsense.
Serangan Spam Komen Dari Anonymous
Perkara yang sama telah aku lalui, sejak menggunakan komen blogspot, secara terbuka, yang membenarkan sesiapa saja yang berkunjung ke blog ini meninggalkan komen. Maka, terpaksalah aku men-delete satu persatu komen, dalam entri yang terdapat komen spam dari anonymous ini. Banyak kot, sehari pun belum tentu habis.
Kalau anda perasaan, komen spam ini selalunya akan diselitkan bersama permalink(url) dalam kotak komen anda ke satu pautan lain. Untuk apa? bagi mempromosikan sesuatu artikel di laman mereka, atau mungkin untuk mengancam keselamatan blog anda. Semua komen yang mempunyai link, dianggap spam dan penulisnya tidak disertakan profil.
Aktifkan Sistem Komen Moderation
Pemilik blog dianggap sombong bila menggunakan komen moderation ini, kerann komen hanya akan dipaparkan setelah di publishkan oleh pemilik blog. Sebenarnya, ini adalah langkah terbaik, untuk menjaga keselamatan blog daripada di ancam oleh komen spam anonymous.
Anda tidak perlu lagi untuk mencari dan delete, satu demi satu komen dalam setiap entri yang di-spam. Cuma, buka dibahagian SPAM, dan delete keseluruhan spam yang ada. Mudah kan?
Semoga entri ini memberi panduan dan manfaat kepada anda. Bagi yang belum berbuat demikian, sila lakukan segera, supaya anda tak perlu bersusah payah nak delete satu per satu. Letih kot.
2 Komentar untuk "Serangan Komen Spam Dari Anonymous ?"
Duit BR1M dah masuk, awal lagi dari tarikh 15 Januari, cuba semak Bank Islam
nice share . kalau entri2 tengah panas mesti ramai komen termasuk la cik anon ni
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.