Rahsia Mudah Buat Blog

Rahsia mudah buat blog. Entri ini diterbitkan atas permintaan rakan facebook, bertanyakan cara untuk buat blog sendiri. Mungkin ramai tertarik bila mana blogger berjaya berkongsikan pencapaian mereka dalam dunia blogging ini.

Buat blog cukup mudah sebenarnya, asalkan ada kemahuan yang bersungguh-sungguh. Di mana ada kemahuan disitu ada jalannya.

Okep! langkah pertama, anda wajib ada akaun Gmail (email), jika tiada boleh daftar secara percuma di sini - Daftar akaun Gmail. Cara buat blog yang aku kongsikan ini adalah menggunakan platform blogspot.com dan ianya adalah sebahagian daripada Google dan percuma.

Rahsia Mudah Buat Blog

Ok.. anda yang sudah mendaftar akaun Gmail, boleh terus ikuti langkah demi langkah di bawah ini.
  • Pertama, anda perlu sign in ke akaun - Blogger.com.
  • Jika sebelum ini, anda tidak pernah membuat blog, maka akan keluar paparan create your blog now sahaja. Kemduan klik butang new blog yang terletak di bahagian kiri blog anda. Dan akan keluar paparan seperti di bawah.
Rahsia Mudah Buat Blog
  • Masukkan butiran yang diminta iaitu title (tajuk blog) dan address (URL blog anda). Elakkan menulis tajuk yang terlalu panjang dan sukar diingati. Sebagai contoh aku title untuk blog ini adalah Bakul2011 dan URL - www.bakul2011.com.

  • Apabila sudah memilih URL yang sesuai, langkah seterusnya adalah memilih template. Untuk permulaan anda, aku galakkan anda pilih template yang mudah template "simple". Jangan risau template ini boleh diubah mengikut keselesaan anda. Last sekali anda boleh klik create blog.
Dah siap! tak sampai 5 minit pun anda buat blog. Nampaknya rahsia buat blog dah terbongkar.. huhu..Jika nak lihat blog anda, hanya klik view blog

Di sini aku sertakan juga tip-tip atau panduan blogspot untuk anda. Mungkin anda mahu menukarkan template yang yang lebih responsif atau mesra seo. Dan mungkin, anda mahukan penambahkan widget yang valid html5. Hah! nak tahu lebih banyak lagi tips berkesan, gunakan khidmat search di kotak hijau tersebut.

Panduan Blogspot dan Tips Berkesan


Rahsia Mudah Buat Blog

Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat memudahkan ramai lagi mereka yang mahu menjadikan blog ini sebagai kerjaya partime anda. Selamat mencuba.

3 Komentar untuk "Rahsia Mudah Buat Blog"

teringat masa awal-awal nak buat blog tahun 2012..termenung panjang cari nama blog yang sesuai. sweetmommy la..mrs dotdotdot la..makan hari jugak. hihi. lupa nak pakai nickname sendiri masa tu..ctfand..

anyway, entri ini bagus untuk panduan mereka yang baru nak belajar cara buat blog. memang susah jugak buat newcomer..

tahniah..dan salam kenal :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info