Assalamualaikum !~
Hye blogger & readers !
Korang buat apa erkk petang-petang macam nie?
Ape... date? pastikan tempat yang ramai orang k, jangan free-free lak kahwin nanti, putih mata oooo. putih tulang xpe..huhu
Petang-petang yang agak kelabu asap nie ( musim jerebu), teringat pula zaman kanak-kanak ikaa dulu-dulu, sebab kalau time petang je kat kampung ikaa tue riuh rendah dengan suara kanak-kanak riang bermain, ada yang naik basikal, panjat pokok ( ikaa la tu ), main polis entry, aci sembunyi ( kawan-kawan cakap xleh main, nanti hantu sembunyi), galah panjang, macam-macam la aktiviti budak-budak kampung tahun 1999an.
Masa tu kalau diingatkan balik, banyak cerita kartun yang comfirm korang pun layan abis punya lah ! betol x? tipu la kalau korang cakap xtengok kartun, sebab zaman tue cerita indon pun xbanyak macam sekarang ataupun boleh dikatakan xada laa time tu, zaman sekarang, sekali keluar sinetron perghhhh.. berbulan-bulan baru nak abis. siaplah 200-300 episod
Cuba korang tengok betol x ikaa cakap " tipu kalau korang cakap xpernah tengok kartun nie ".
Pingu
Pingu..mesti korang pernah layan jugak kan cerita kartun nie, walaupun agak bodoh tapi menarik. Yang ikaa ingat cerita nie masa ikaa 15tahun. Bangun kul 7.30 semata-mata nak tunggu ceta pingu start kul 8am.. Al-maklum la ikaa sekolah petang
Usop sontorian
Nie lagi satu cerita kartun yang paling zaman kanak-kanak ikaa, balik-balik dari main, terus buka tv nak tengok ceta nie. walaupun si usop kepala macam kacang, tapi ceta tetap korang layan kan.
Teletubies
Anak-anak sidek
Cerita ini berkisarkan kisah benar keluarga anak-anak sidek, xpercaya korang tanya la sendiri si Misbun ke, Jailani ke. Sebab bapak Misbun garanglah yang dorang sekarang dah terkenal dengan sukan badminton kan.
Yorkiey
Sape pernah tengok kartun nie angkat perut.( hihi xde la gurau je), sure korang pernah tengok kan si telur dan familynya ini. Ini adalah sebuah kartun Malaysia, tapi xingat pulak pukul berapa cerita nie. Bapak dorang yang garang dengan anak-anak yang nakal.
Ninja Boy
Ninja boy, cerita kartun, pelajar yang ingin menjadi ninja bersama gurunya. Mereka terbahagi kepada dua ninja iaitu perempuan dan lelaki, so masing-masing nak tunjukkan kehebatan.
Kesimpulannya, kalau di bandingkan cerita kartun dulu dengan kartun sekarang, rasanya yang dulu lagi best kan, sekarang harapkan Shin can dengan Doremon je. Yang lain, kalau tengok nak gelak pun cam terpaksa je. Kan bagus kalau, pihak terbitan tontonkan semula cerita kartun yang dulu-dulu tue, budak-budak pun habis sekolah terus balik rumah, xde la pergi merayap sangat, nie x asal balik rumah je tengok mak duk layan sinetron ~
10 Komentar untuk "Tipu kalau kata korang xlayan nie !"
Fiza salah salah penonton setia! Dulu Fiza suka sangat tengok cerita Usop Sontorian.. Jalan cerita dia memang best.. Hekhek..
mmg smua cter krtun kt atas tu bla start je xdk jauh dr tv... hehehehe
@Fiza Suhaimi haha ade pun penonton tegar erk, anak-anak sidek pun best gak, maklum la pminat badminton :0
semua tengok.hehe yang best ninja boy.
cerita paling best bg aq anak2 sidek.. wehuu... lgpon logik gilerr raket gelanggang,sattel, kerusi bercakap.. dan paling best episod tym abum kena sorok ngn hantu bunian.. besst wooo...
nostalgia sangat.minat semua tu.eh ade lagi..dragon ball pun suka jugak..:)
@cik nanad haha dragon ball paberet abg ikaa, bgun awal2 just nk tgk goku je
Nice post.. Zaman kecil kembali mengingat di lubuk hati yang mendalam.. thankk :)
citer pingu je aku x pernah lyn...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.