Borang Permohonan E-Kasih Secara Online

Assalamualaikum

Daftar E-Kasih secara online? Melalui artikel ini anda akan didedahkan mengenai program e-kasih yang sering di dengari tapi kita tidak tahu bagaimana mendaftar dan apa pula guna program ini.

Secara manual, anda boleh dapatkan borang e-kasih melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun JKKK atau penghulu kampung anda.


Apa itu program e-kasih ?
 
E-kasih merupakan satu program yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan tujuan untuknya adalah membantu keluarga dan dalam masa yang sama membasmi kemiskinan tegar yang dialami oleh masyarakat Malaysia hari ini.

Selain itu eKasih juga merupakan sebuah Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan rakyat Malaysia yang direkodkan bermula daripada profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan serta pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima oleh pemohon.

Komponen data rekod eKasih terdiri daripada maklumat asas mengenai Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Siapakah yang layak menerima bantuan e-kasih?

Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM1500 (bandar) dan RM1000 bagi luar bandar sebulan. Anda digalakkan untuk mendaftar bantuan ekasih.

Bagaimana nak daftar ekasih ?

Sekiranya tuan/puan mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kemiskinan, sila masukkan maklumat tersebut untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Untuk mengisi dan menghantar borang permohonan bantuan eKasih, sila layari atau klik pautan berikut: Borang Pendaftaran e-kASIH.

Bagi yang tidak tahu menggunakan komputer, anda boleh dapatkan borang ekasih daripada JKKK kawasan anda mahupun dapatkan terus di Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran anda.

 
0 Komentar untuk "Borang Permohonan E-Kasih Secara Online"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info