Cara Tangani Masalah Wajah Berminyak

Cara tangani masalah wajah berminyak. Secara umumnya wajah mempunyai dua jenis struktur kulit. masalah kulit wajah berminyak dan lagi satu kulit wajah kering. Mereka yang mempunyai masalah kulit kering dipengaruhi oleh persekitaran seperti faktor cuaca mahupun penyakit. Kulit yang kering akan kelihatan kusam, tidak sihat dan cepat berkedut....

Berbeza pula dengan masalah kulit berminyak yang sedang saya hadapi ini. Kulit berminyak selalu dihadapi oleh mereka yang aktif, kuat bersukan dan sebagainya. Kulit jenis ini lebih banyak memberi efek berbanding jenis kulit kering.... di mana kulit berminyak menyebabkan timbulnya komedo dan jerawat berterusan.

Dan kebanyakkan mereka yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari pelbagai produk yang dapat mengatasinya tetapi masih tidak berhasil bukan?

Cara Tangani Masalah Wajah Berminyak

Punca Masalah Kulit Berminyak
  1. Hormon tidak seimbang. Khususnya wanita akan mengeluarkan lebih banyak minyak sewaktu datang bulan. Ketika ini pemilihan makanan yang tidak seimbang dan berminyak haruslah dikawal sebaiknya.
  2. Kosmetik yang salah. Elakkan memilih atau membeli barangan kosmetik yang berminyak, sebaiknya cuba dulu ditangan sewaktu membelinya.
  3. Keturunan.
  4. Gaya hidup. Sering dipengaruhi dengan pola hidup yang tidak seimbang seperti jarang bersenam, mengambil minuman beralkohol dan ubat-ubatan berkala.
  5. Pola makanan. Pengambilan makanan berlemak tinggi dan berminyak secara berlebihan.
  6. dan banyak lagi....
Cara Tangani Masalah Wajah Berminyak
  1. Kertas minyak. untuk menghilangkan minyak tanpa membuat kulit anda kering. usapkan kertas hisap pada bagian wajah yang berminyak selama 20 detik. 
  2. Pembersih muka. Lakukan pembersihan wajah dua kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur. Sebaiknya cucilah dengan air suam bagi mematikan kuman.
  3. Masker putih telur. Oleskan pada wajah dan biarkan selama 20 minit sehingga kering kemudian tarik seperti masker.
Selamat mencuba.

 
0 Komentar untuk "Cara Tangani Masalah Wajah Berminyak"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info