SyokHost Webhosting - Domain Murah, Pantas Dan Puas Hati

SyokHost Webhosting - Domain murah, pantas dan puas hati. Hari ini genap usia empat tahun bersama domain .com dari SyokHost Webhosting. Disebabkan kesibukan bekerja.... so terlupa pula saya, yang mana hari ini 14 September 2015 merupakan tempoh expired domain - www.bakul2011.com...

Huh! nasib baik semalam saya ingat, dengan pantasnya saya bank in pembayaran ke akaun RHB Bank kepada En. Mohd Fuad Bin Ishak pemilik perniagaan Syok Host Computer Center yang bertapak di Kulim Kedah ini. Selepas selesai pembayaran, hantar mesej pemberitahuan kepada onwer dan tak sampai 10 minit beliau akan membalas - Done Renew!

Huh! terus saya rasa legaa.....

SyokHost Domain Murah, Pantas Dan Puas Hati


Nampak - www.bakul2011.com dah pun selesai renew... Yeahhh!

Antara ciri-ciri menarik yang disediakan oleh SyokHost.com adalah :
  • Murah. Harga yang ditawar oleh SyokHost sangatlah murah antaranya pakej-01 dengan tawaran harga bermula RM30 setahun (500MB webspace, 20GB bandwith, tiada had email & ftp dan FREE 50+ scripting). Manakala untuk Domain Name yang saya gunakan kini berharga RM34 setahun, disebabkan masalah kejatuhan mata wang ringgit, Domain Name kini dinaikan sebanyak RM5 tetapi akan turun semula selepas mata wang ringgit kembali normal.
  • Pantas. Daripada pengalaman saya, penyediaan domain yang dipohon ini hanya mengambil masa kurang dari 3 jam. Haaa... giler tak tak pantas? Mana nak cari tempok penyediaan domain yang sepantas ini? Dah cuba baru tahu....
  • Cara pembayaran mudah. Soal pembayaran pun mudah, SyokHost menyediakan kaedah pembayaran menerusi "bank transfer" jadi tak perlu risau bagi anda yang tiada akaun Paypal atau kad kredit bagi tujuan pembayaran.
  • Dan banyak lagi.................
Selebihnya anda boleh catatkan sendiri.... tak bestlah laa kalau saya catatkan semuanya tapi anda sekadar membaca bukanlah merasainya sendiri.


Untuk anda yang berminat atau masih tercari-cari domain name yang murah, pantas dan cepat.... lihat dulu testimoni pelanggan - SyokHost.com

Kemudian.... baru beli!

0 Komentar untuk "SyokHost Webhosting - Domain Murah, Pantas Dan Puas Hati "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info