KRAF PERKHEMAHAN




PENGENALAN….

Kraf perkhemahan membawa erti kerja-kerja tangan yang diperlukan dalam aktiviti perkhemahan.Selain itu,pembuatan gajet-gajet daripada bahan-bahan yang terdapat disekeliling kawasan perkhemahan tanpa merosakkan alam sekitar.

Matlamat  kraf perkhemahan


  • Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.
  • Menguji kebolehan dan keupayaan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti.
  • Menanamkan semangat kerjasama dalam sesuatu kumpulan.
  • Menimbulkan minat dan keseronokkan terhadap aktiviti luar.
  • Meluaskan daya kreativiti seseorang. 
  • Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar


Back-packing
  • Senarai alatan yg perlu dibawa adalah seperti pakaian sukan,pakaian solat,alatan mandi,ubat-ubatan seperti panadol,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.

  • Lampu suluh,mancis pisau lipat serbaguna serat sleeping bag juga antara brg yg pentibg semasa perkhemahan.


Penyediaan makanan

  • Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan berbanding dengan makanan yang lain.
  • Buah-buahan,kekacang,makanan bertin seperti sardin dan pes ikan bilis juga amat sesuai kerana senang dimasak. 
  • Makanan yg dibawa perlulah seimbang dari segi khasiatnya kerana aktiviti luar sebegini memerlukan byk tenaga.
Faktor pemilihan tapak perkhemahan


ANGIN
  • Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung dari angin kencang.Elakkan mendirikan khemah di kawasan terbuka. 
KECERUNAN 
  • Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan di tebing bukit untuk menggelakkan kejadian tanah runtuh. 
PUNCA  AIR
  • Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang  bersih. 
  • Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

BENTUK MUKA BUMI
  • Pastikan permukaan tanah adalah rata kerana ianya akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung atau menjadi laluan air ketika hujan  turun.

Kraf perkhemahan berkumpulan
  • Perkhemahan statik berkumpulan adalah khemah-khemah didirikan di tapakyang ditetapkan untuk beberapa waktu secara baramai-ramai. Contohnya camping semasa mengikuti sesuatu kursus di tempat yang sama yang telah ditentukan penganjur kursus terlebih dahulu.
  • Setiap perkhemahan berkumpulan, ahli-ahli kumpulan hendaklah melantik/memilih seorang Ketua Perkhemahan. Dan Ketua Perkhemahan yang dipilih tadi hendaklah membahagikan ahli-ahli tadi kepada beberapa kumpulan kecil dan seterusnya setiap kumpulan kecil tadi melantik seorang Ketua kumpulan

Aspek keselamatan
  • Ketua Perkhemahan mesti kenal pasti tapak berada di dalam keadaan persekitaran yang selamat daripada ancaman binatang atau pun ancaman semula jadi contohnya banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang atau dahan runtuh. Lokasi pertemuan selepas waktu kecemasan juga hendaklah ditetapkan oleh Ketua Perkhemahan.
  • Ketua Perkhemahan akan berbincang dengan semua Ketua Kumpulan untuk memilih dan merancang Jadual Kawalan Malam. Kawalan Malam/Sentri perlu dilakukan bagi memantau dan menjaga keselamatan anggota perkhemahan dan juga harta yang ada. Kawalan biasanya dilakukan sekurang-kurang oleh dua orang pada setiap masa/sesi.

Lokasi perkhemahan

  • Pemilihan tapak yang bersesuaian adalah faktor penting sebelum mendirikan sesuatu khemah.
  • Bertujuan memberikan keselesaan kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan serta memastikan keselematan dan kelancaran aktiviti yang akan dilakukan

cahaya
  • Seboleh-bolehnya dirikan khemah di kawasan yang teduh dan juga tidak menerima sinaran cahaya matahari yang terus.
BENTUK MUKA BUMI
  • Pastikan permukaan tanah adalah rata,tidak berbatu dan juga tidak menjadi laluan air hujan ketika mengalir

halangan semulajadi
  • Pastikan tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai.

Alatan dalam kraf perkhemahan
  
  • Khemah 
  • Flysheet 
  • Kanvas Tali kermental dan tali rafia 
  • Ground sheet dan pole

Cara mendirikan khemah
 
  • Bentangkan hamparan (Ground sheet)
  • Pasang dan  sambungkan tiang dan pancang dengan  betul
  • Ketuk pancang  dikeempat -empat penjuruBentangkan pelindung (flysheet)
  • Ikat tali khemah  kepada pancang dikeempat-empat penjuru untuk mengukuhkanya.
LANGKAH-LANGKAH KESELEMATAN PERKHEMAHAN
  • Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
  • Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah(khemah moden)
  • Digalakkan makan dan minum diluar khemah bagi mengelakkan serangga dan binatang memasuki khemah.
  • Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
  • Pastikan khemah yang dipasang  adalah selamat dan kukuh.
 
PENJAGAAN KHEMAH
  • Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
  • Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
  • Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia.
  • Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering.
  • Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan.
0 Komentar untuk "KRAF PERKHEMAHAN"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info