Semakan keputusan upu lepasan stpm / setaraf 2012

Assalamualaikum!~


Seperti yang kita ketahui di atas, minggu ke-2 julai iaitu 13 julai ( jumaat)  merupakan tarikh keramat bagi calon lepasan stpm dan setaraf bakal menyemak keputusan untuk melayakkan diri di universiti-universiti dengan bidang yang telah korang pilih.

Wahai adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, marilah kita berdoa supaya dipermudahkan oleh yang Maha Esa dengan memberikan kita keputusan yang terbaik seperti yang kita impikan. 

" Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. "

Ikaa leh bayangkan keadaan korang sekarang, mesti takut kan, ada yang xleh tidur, ada yang makan pun teringat result, hahaha~, sebenarnya kan, inilah perasaan yang ikaa rasa masa tunggu keputusan upu tahun 2010, sebab universiti dan segulung ijazah adalah cita-cita ikaa, tapi dalam masa yang sama mak dan abang-abang pula takut ikaa dapat jauh ( sabah dan serawak ). Dan bila result keluar saja, mak lah orang paling gembira masa itu, lalu dia pun col abang ikaa dan sedara-mara bagitahu ikaa dapat UUM SINTOK, mana tak nya, UUM dari rumah ikaa 45minit je naik motor.. Tapi alhamdulillah harapan ikaa selama ini dah tercapai, korang pula bagaimana?


Cara membuat semakan keputusan :

  • Semakan boleh dibuat selepas 12.00 tengahari

  • Secara online menerusi laman web  http://upu.mohe.gov.my

  • Menggunakan khidmat pesanan ringkas ( sms )


2 Komentar untuk "Semakan keputusan upu lepasan stpm / setaraf 2012"

kalau saya nak check boleh tak??? hehehe

hahaha ngek!..

p la cek kot laa dpt jaa..keajaiban la tue..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info