Assalamualaikum
Kalau
bercakap pasal laman sosial yang terhangat masa kini, pasti ramai
kalangan blogger, malah bukan blogger dan ikaa sendiri juga akan katakan
" Facebook ", tapi kalau yang minat Twitter tak tahu la pulak, sebab
ikaa lebih ke arah facebook berbanding twitter.
Penangan cinta facebook.
So apa yang ikaa nak sampaikan dalam entry kali ini ialah, adakah cinta facebook adalah cinta yang sejati telus dan ikhlas?
Sebab
dari apa yang ikaa baca dalam paper, berita dan sebagainya, banyak
antaranya menyenaraikan remaja perempuan adalah antara golongan terbesar
yang tertipu oleh penangan cinta facebook. yang terbaru kes adik Raja
Nur Hidayah 16 tahun, yang mana telah hilang sehingga dia diketemukan di
hotel di Kuala Lumpur yang mana pada mulanya, dia keluar bersama teman
lelaki facebook yang dikenali sebagai Mat, 19 tahun.
Kalau
nak ikutkan bukan ini saja kes-kes yang kita dengar mengenai cinta
facebook tapi ramai lagi kan. Tapi apa yang ikaa nak katakan kepada
adik-adik diluar sana, jangan mudah untuk mempercayai cinta facebook,
tapi tak dinafikan juga kerna ada dalam kalangan kita yang mengenali
melalui facebook dan berakhir di jinjang pelamin seperti Zed Zaidi dan
isterinya Natalia.
Tapi,
korang harus bijak untuk menilai lelaki yang bagaimana korang kenali
tersebut, kalau terang-terang dia dah minta topup, pinjam duit, bayar
itu, bayar ini, adakah itu dikira sebagai cinta.
Korang kat sini ditaburkan kata-kata pujangga, dia di sana sedang memikirkan pelbagai strategi untuk mempergunakan korang.
So fikir-fikirakanlah dan selamat meramal.
2 Komentar untuk "Penangan Cinta Facebook"
cinta fb ~~~ jangan mudah percaya :3
@D i n
Betul tu! Setuju sangat! Jgn percaya!
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.