PSY Gangnam Style bakal tiba di Pulau PInang Isnin ini

Assalamualaikum

GEORGE TOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan yang terhangat dengan lagunya Gangnam Style, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

PSY Gangnam Style bakal tiba di Pulau PInang Isnin ini


Psy atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.

Sumber : mStar online
4 Komentar untuk "PSY Gangnam Style bakal tiba di Pulau PInang Isnin ini"

kalau datang pun malas nak pergi... huhuhuhu

wow... mesti ramai orang nanti... huhuhu

jem laa penang hari ini...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info