Assalamualaikum
BR1M 3.0 | Bagi mereka yang telah pun mengemaskini mahupun yang telah mendaftar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang boleh membuat semakan sama ada anda layak atau tidak menerikan bantuan tersebut.
Namun bagi sesiapa yang layak menerima bantuan ini tetapi masih belum berkesempatan untuk mendaftar boleh berbuat demikian sehingga penghujung bulan Januari ini. Kerana proses pengagihan bermula Februari hadapan.
Cara semakan status BR1M 3.0
- Semakan secara talian : melalui talian hotline 1-800-222-500 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari bekerja sahaja ( Isnin-Jumaat) dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
- Semakan melalui email : Anda juga boleh menghantar email kepada br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan menyertakan nama berserta nombor kad pengenalan dalam email tersebut.
- Semakan secara online : hanya boleh dilakukan oleh mana-mana agensi yang berdaftar sahaja, kerana ia memerlukan ID dan pasword anda.
- Semakan secara manual : Posmen akan menghantar kepada anda surat berserta no giliran dan tempat penerimaan, anda seandainya anda layak menerima bantuan tersebut.
Semakan boleh dibuat mulai Februari 2014
Segala semakan status permohanan anda boleh dijalankan bermula Februari hadapan. Jika anda lakukan sekarang, segala urusan anda tidak akan dilayan.
Untuk bantuan kali ini dikatakan, akan terus dimasukkan ke akaun bank anda. Akaun bank ASB dan Tabung haji tidak dibenarkan. Apapun kita nantikan surat dari posmen. Sekali lagi saya ingatkan kepada mereka yang masih belum mengemaskini atau mendaftar, sila lakukan segera.
2 Komentar untuk "BR1M 3.0 2014 boleh disemak mulai Februari ini"
cepat cepat semak siapa yang ada memohon...
untunglaa mau dapar BR1M, ikaa tahun depan BR1M4.0 baru dapat
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.