Gosip Artis - Selamat pengantin baru buat Alif Satar dan Sha Dila

Assalamualaikum

Dengan hanya sekali lafaz, Alif Satar telah pun sah menjadi suami kepada Sha Dila.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar. Hanya dengan sekali lafaz beliau akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

 isteri alif satar sha dila halid nikah

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi. Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000. Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Tahniah buat pasangan ini.



0 Komentar untuk "Gosip Artis - Selamat pengantin baru buat Alif Satar dan Sha Dila"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info