Gambar P. Ramlee Semasa Hari Kematian Yang Tidak Pernah Didedahkan Umum

Assalamualaikum


" Di mana kan ku cari ganti ",

Sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh P. Ramlee dan sehingga kini lagu tersebut menjadi hiburan. P. Ramle, atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyah Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho'Seumawe, Acheh dan telah berkahwin dengan Che Mah Binti Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

 gambar bapa dan ibu P.Ramlee

P. Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik. Di Penang Free School, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ). Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun. Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “Teruna Kampung“. Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘Keroncong Oh Suci‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

Pada tahun 1964, P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang. Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem, mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu. 

Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973. P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun. Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

 Gambar P.Ramlee semasa muda

Walaupun Allahyarham sudah lama meninggalkan kita tetapi karyanya tetap segar di ingatan. Pada 6 Jun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.

Beberapa gambar semasa hari kematian P.Ramlee yang tidak pernah didedah umum. Al-fatihah untuk Allahyarham Tan Sri P.Ramle.

 Kubur P.Ramle



1 Komentar untuk "Gambar P. Ramlee Semasa Hari Kematian Yang Tidak Pernah Didedahkan Umum"

Arwah mirip bapanya..karya nya masih dalam ingatan

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info