Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Homemade

Assalamualaikum

Jeruk mangga asam boi sudah menjadi fenomena hangat di laman-laman sosial. Kalau anda taip "jeruk mangga" di laman pencarian, bersepah resepi cara pembuatan jeruk mangga asam boi nie.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Homemade

Actually, nak buatnya tak de la payah mana pun.

Tapi yang susah tu, ke hulu ke hilir cari buah mangga. Kalau dulu, kampung aku ada la juga kebun buah, selepas arwah tok wan meninggal, tanah kebun tu kena buat pembahagian. So bila sepupu aku nak buat jual jeruk mangga asam boi nie, terpaksa la beli buah dekat tuan pokok.

Aku memang giler buah, tambah-tambah buah mangga, cicah pula dengan sambal belacan tak pun gula kicap. Perghhhh! terliur kot. Hah..meh kita tengok macam nak buat jeruk mangga asam boi nie

Bahan-bahan
  • Buah mangga
  • Serbuk asam ( tambahan )
  • Gula
  • Cili padi ( dipotong kecil )
  • Garam
  • Asam boi
Cara pembuatannya
  • Basuh dan kupas kulit buah mangga, kemudian potong ikut kretiviti anda. Ala, potong macam anda makan sambal tu hah...mudah kan.
Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Homemade
  • Dah potong kan? Hah, campak pula garam sikit, lepas itu gaul sampai garam tu agak-agak dah hancur.
  • Kemudian masukkan asam boi yang sebijik-sebijik tu, ikut anda la nak masuk berapa biji kan.
  • Lepas tu, campak pula cili padi yang kita potong kiut miut tadi hah... baru masukkan gula.
  • Gaul lagi, kalau rasa nak lagi rasa asam, tuang sedikit serbuk asam boi dalam mangga kita gaul tu.
Ehhh kejap, tak perlu tambah air..

Sebab semua bahan-bahan yang kita masukkan dan gaul tadi dah sebati. So, sedia untuk di hidang. Alamak ! terlupa pula nak snap gambar dalam pinggan, yang ada gambar dalam balang macam ni.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Homemade

Ni gmbar jeruk mangga asam boi yang sedia untuk dijual.

So, bagi rakyat Perlis yang rasa teringin nak makan jeruk mangga asam boi tapi malas pula nak buat, boleh buat tempahan dekat FB Nadya Bakery.
Tak semestinya buah mengga, buah apple hijau, buah jambu ke. ikut selera korang. Apa pun selamat mencuba.


1 Komentar untuk "Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Homemade"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info