Nursamawati Mahmud Guna Lidah Akses Internet Untuk Bantu Ibu

Nursamawati Mahmud Guna Lidah Akses Internet Untuk Bantu IbuNursamawati Mahmud guna lidah akses internet untuk bantu ibu. Terkelu aku melihat kecekalan dan ketabahan seorang wanita yang mengalami kecacatan sejak lahir tetapi bijak menggunakan internet.

Kecacatan yang dialaminya tidak menghalang beliau untuk menggunakan teknologi terkini.

Nursamawati Mahmud, 30, melayari internet dengan menggunakan lidah untuk menaip dan mengakses maklumat di telefon dan komputer riba miliknya.

Bukan itu saja, beliau juga bijak memgunakan teknologi terkini dalam mempromosi produk kicap, sos dan cuka yang diusahakan ibunya sejak 10 tahun yang lalu. 

Nursamawati Mahmud Guna Lidah Akses Internet Untuk Bantu Ibu


Nursamawati Mahmud Guna Lidah Akses Internet Untuk Bantu Ibu

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga akan mewujudkan blog untuk menceritakan perjalanan hidupnya yang bergelar OKU dan mengalami kecacatan itu sejak berumur setahun dan bagaimana dia belajar menggunakan laman sosial seperti Facebook (KakLong), WhatsApp, Instagram dan Wechat.

“Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini. Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja dan kalau boleh saya nak gunakan internet untuk kembangkan perniagaan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

“Sebelum ini saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai sebab saya tak sempurna macam orang lain. Dengan adanya laman sosial saya mampu untuk berkawan dan rakan-rakan kampung dan laman sosial banyak beri semangat untuk saya teruskan kehidupan.

“Saya sekarang tak macam dulu lagi dan mahu buktikan orang kelainan upaya mampu melakukan perkara seperti orang normal,” katanya yang kini mempunyai kira-kira 1,400 rakan di Facebook.

Ibunya Saudah Shaari, 52, berkata anak sulungnya itu memerlukan penjagaan sepenuhnya seperti menyuap makanan, mandi dan memakai pakaian kerana dia tidak mampu untuk melakukan sendiri.


Sumber - Bernama

1 Komentar untuk "Nursamawati Mahmud Guna Lidah Akses Internet Untuk Bantu Ibu"

bangga dengan dia. walaupun fizikal tak sempurna tapi tetap berusaha nak tolong ibu. yang sempurna ni belum tentu nak tolong...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info