7-Eleven Malaysia Mohon Maaf Kesilapan GST

 7-Eleven Malaysia Mohon Maaf Kesilapan GST 7-Eleven Malaysia mohon maaf kesilapan GST. Rangkaian kedai runcit, 7-Eleven di Malaysia mengeluarkan permohonan maaf semalam menerusi laman sosial facebooknya, selepas beberapa aduan dibuat oleh pengguna terhadap jualan mereka yang dikenakan GST.

Untuk itu,, pihak mereka menjelaskan bahawa perkara berlaku akibat daripada kesilapan sistem mesin jualan dan pihaknya tidak berniat untuk berbuat demikian.

"sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui, kami terus ambik tindakan dan menarik balik produk ini dari jualan supaya tidak lagi menyusahkan pelanggan".

Permohonan Maaf 7-Eeleven

 7-Eleven Malaysia Mohon Maaf Kesilapan GST

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.

Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.

7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.


Jadi, kami berharap kad tambah nilai prabayar juga tidak akan dikenakan GST oleh beberapa kedai runcit 7-Eleven seperti arahan yang dikeluarkan sebelum ini.

Kerana, hari pertama pelaksanaan cukai dan perkhidmatan (GST), dah ada beberapa kedai yang ambil kesempatan.

Sumber- Sinar
1 Komentar untuk " 7-Eleven Malaysia Mohon Maaf Kesilapan GST "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info