Bayaran Balik PTPTN Dikenakan GST?

Bayaran Balik PTPTN Dikenakan GST?Bayaran balik PTPTN dikenakan GST. Baru dua hari pelaksanaan GST, ramai yang berkongsi resit pembelian mereka di laman sosial. Ada juga yang bertanyakan apa manfaat yang kami dapat selepas gantikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan(SST) kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tidak terlepas juga, soalan diajukan untuk bayaran balik PTPTN sama ada dikenakan GST ataupun tidak.

Pengerusinya sendiri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak dikenakan cukai GST. Ini adalah berita gembira buat, para graduan yang sudah tamat pengajian tetapi masih belum mempunyai pekerjaan tetap.

Bayaran Balik PTPTN Tidak Dikenakan GST

Bayaran Balik PTPTN Dikenakan GST?

Tambahannya lagi, sebarang pembayaran balik pinjaman melalui mana-mana kaunter cawagan PTPTN tidak akan dikenakan GST, tetapi jika melalui perbankan internet atau diluar daripada kaunter PTPTN akan tertakluk kepada institusi perbankan tersebut.

Pengecualian ini adalah memberi peluang kepada peminjam untuk melangsaikan hutang pinjaman mereka yang masih tertunggak.

Jadi adik-adik yang dapat pinjaman PTPTN ni, gunakan duit itu sebaik mungkin, jangan lupa gunakan langkah "2K", beli ikut keperluan bukannya kehendak.

Sumber: BERNAMA
0 Komentar untuk "Bayaran Balik PTPTN Dikenakan GST?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info