Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 57 Peratus

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 57 PeratusKadar pakej jalur lebar internet turun 57 peratus. Satu kenyataan media dikeluarkan oleh pihak SKMM memaklumkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan penurunan kadar pakej jalur lebar internet sebanyak 14 peratus hingga 57 peratus yang dijangka keluar pada pertengahan Jun 2015.

Penurunan harga tersebut hanya melibatkan pakej jalur lebar asas untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap sahaja.

Pakej mudah alih akan ditawarkan dengan harga RM25. Pengguna yang melanggan pakej ini akan menikmati data bulanan 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pascabayar. Pengurungan ini dianggarkan 14 peratus lebih rendah dari harga semasa.

Kenyataan SKMM - Harga Pakej Jalur Lebar Internet

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SKMM menerusikan Portal Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.



Penurunan 57 Peratus Bagi Perkhidmatan Tetap

Bagi perkhidmatan tetap, Telekom Malaysia (TM) akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1MBps penggunaan data percuma sehingga 1 GB. Harga terbaru ini adalah 57 peratus lebih rendah dari harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.

Dengan pelaksanaan GST ke atas perkhidmatan komunikasi termasuk kad tambah nilai prabayar, pengurangan kos untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap pada 14% hingga 57% akan mengimbangi GST berkaitan perkhidmatan komukasi.

Sumber- Portal Rasmi SKMM

0 Komentar untuk "Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 57 Peratus"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info