PADDLE


Fungsi paddle
blogspot

Blade (bilah mata dayung)  
blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.

Tip (pelindung mata dayung)
Tip ialah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck (leher Pendayung)
bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (bulatan Getah)
bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tanganpendayung. Tidak semua pendayung memiliki “Drip Ring” 

Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Bahan Buatan Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
0 Komentar untuk "PADDLE"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info