CONTEST: DHUHA ADA KELEBIHANNYA !

Assalamualaikum. 


Kelebihan dhuha
Contest: Dhuha: Ada kelebihannya !


Kelebihan adanya Dhuha,

Solat sunat Dhuha boleh dianggap sebagai tanda terima kasih seorang hamba kepada penciptanya atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Menurut Jumhur Ulamak, solat Dhuha termasuk dalam solat sunat mu'akkad, yang dikerjakan untuk amalan rutin. Solat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Tetapi sekiranya, cuacanya berhalangan, maka dikehendaki untuk merujuk kepada takwin waktu solat.

Rakaat solat Dhuha

Nabi Muhammad SAW bersabda; Wahai anak adam, janganlah sesekali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang. ( HR Al-Hakim & At-Tabrani ).

Namun begitu, solat Dhuha bukanlah satu bebanan, bahkan lebih memudahkan, dimana jika kamu tidak boleh melakukanya 12 rakaat, maka kerjakanlah ia 8 rakaat, dan andai itu pun kamu tidak dapat, maka lakukannya hanya 2 rakaat. So mudahkan.

Cara mengerjakan Solat Dhuha

1. Rakaat pertama

  • Niat di dalam hati untuk mengerjakan solat dhuha
  • Takbiratul Ihram
  • Doa Iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah al-Quran
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kali kedua
  • Bangun dan rakaat kedua

2. Rakaat kedua
  • Ulang seperti rakaan pertama antara ( no4) hingga (no10)
  • Duduk untuk tahiyyat akhir
  • Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  • Berdoa.

Kelebihan Dhuha

Seandainya solat Dhuha diamalkan setiap hari, maka banyak fadhilat dan kelebihannya. Yakni seseoarang itu akan memperoleh keampunan Allah SWT, dimurahkan rezeki, serta ketenganan jiwa serta kehidupan yang diberkati.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Youtube Doa kelebihannya Dhuha


Subhanaallah, sungguh tenang mendengar doa Dhuha ini.
 

Contest Dhuha ada kelebihannya


notakakitanganku : Marilah berkongsi ilmu, kerna semakin banyak ilmu yng dicari, semakin banyak ilmu belum dijumpai. Amalkan dengan penuh keikhlasan kerna banyak kelebihan dhuha
15 Komentar untuk "CONTEST: DHUHA ADA KELEBIHANNYA !"

ika,semoga berjaya.bgus contestnya..

Mmg banyak kelebihannya...saya amalkannya

goodluck ikaa...eca nak join tpi entry xsiap-siap lagi.hahaha..

btw,jmpt join GA & contest eca ye...

semoga berjaya!

terima ksih atas penyertaan anda..smoga beroleh mnfaat dan smoga berjaya :)

erkk korang..ikaa join bukn nk menang pn..juz nk sharing ilmu yg mna ikaa taw & kita amalkan.. :)

jemput join http://greennyworldland.blogspot.com/2012/12/mega-giveaway-2012-by-lyanas-studio.html

SUksEs Trus Bro...
jngn lupa MaMpIr ea bro,,,
And Commen Back,,,
http://ripcurl-crom.blogspot.com

good luck yer...sgt bagus pengisian ilmu di sini. :)

gud luck.. btw tengs sebab berkongsi pasal info solat dhuha.. :)

tahniah ! sila rujuk sini
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/12/pengumuman-pemenang-contest-dhuha-ada.html

terimakasih, semoga kita semua selamat dunia akhirat. amiinn

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info