Assalamualaikum
Pernah korang terfikir bahawa akan adanya manusia yang bertanduk?
Cuba korang perhatikan beberapa kepingan gambar seorang nenek tertua yang mempunyai tanduk yang semakin hari semakin panjang.
China, seorang nenek yang dikenali sebagai Zhang Ruifang, berusia 101 tahun, menjadi perhatian orang di sekitaranya kerna beliau memiliki tanduk yang panjang di dahi.
Tanduk yang dimilikinya, dikatakan semakin memanjang dan kini telah pun mencecah 6.1 sentimeter. Perghhh, dasyat betul nenek nie kan. Dan menurut akhbar Britain tersebut, dahi kanannya juga menunjukkan simptom-simptom penumbuhan tanduk, cuba korang belek dahi kanan yang ada kesan tompokan hitam tue, hah nampak, macam nak tumbuh lagi satu laa tanduk.
Menurut kajian pihak hospital, sel yang membentuk tanduk tersebut dikenali sebagai keratin, iaitu sel atau protein yang membentuk rambut dan kuku kita. Manakala, keratin yang terbentuk pada haiwan pula, selalu di bahagian kulit dan tanduk.
Menurut akhbar itu lagi, mulanya nenek bertanduk itu, mahu membuang tanduknya akibat ketidakselesaan semasa tidur, namun hasratnya berubah selepas mendapati tanduknya menjadi tarikan orang ramai yang datang memberinya makanan untuk bergambar bersama.
Macam-macam benda diluar jangkaan berlaku sekarang.
6 Komentar untuk "Gempar, nenek tertua bertanduk !"
wah heabt betulll skali tanduk bol pecah :D
kelebihan tuhan nak bagi kat dia. hai.. dah balik dari bercuti.. ^^
Subhanallah! Semuanya atas kehendak Allah S.W.T. Tinggal adakah kita menyedari akan kekuasaan Allah dan menginsafinya :)
SubhanAllah. Keajaiban Allah.
Abdul Hafiz
Kuasa Allah... :)
fuhhh
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.